Showing posts with label TEMPAHAN JAHITAN. Show all posts
Showing posts with label TEMPAHAN JAHITAN. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali setelah agak lama juga menyepi kan :-)

Arini just nak share satu patern jubah permintaan customer kami...patern asal kami buat untuk baju mandi, akhirnya mendapat permintaan dari customer untuk buat jubah...

Simple tapi menarik juga..berlainan orang maka berlainan citarasa antara kita, itulah hakikatnya...dengan pelbagai ragam dan citarasa manusia di muka bumi ini :-)

Kami x nak citer panjang, takut terlari dari tajuk asal plak...keje pun banyak sedang menanti, hanya berpeluang seketika untuk mengadap blog yang kian berhabuk..so masa yang ada ni kita pergunakan dengan sebaik yang mungkin :-)

Jom kita tengok patern jubah kimono tempahan seorang customer kami...








Harap dapat mencuci mata yer. kalo ade sebarang pertanyaan atau kemusyikilan, jangan segan silu pm @ wassup jer yer, insyaALLAH kami akan membantu setakat yang termampu :-)

Alhamdulillah Jubah Kimono nie dah selamat sampai kepada tuannya...lupa dah dari negeri mana...byk order dari luar skang, termasuk Sabah dan Sarawak...insyaALLAH sekiranya diberikan kelapangan, kita akan berkongsi lagi yer...

Sehingga bertemu di lain waktu..nantikan posting seterusnya yer...
Seperti biasa, untuk mengetahui perkembangan terkini dan projek terbaru kami, sila singgah di Pages kami...ape add pages kami?? ade kat sebelah tu...scroll sendiri laa yer ;-)

Sebelum mengundurkan diri...jom sama-sama bermuhasabah diri <3






(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali :-) Harap semua sihat dan ceria di samping tugas masing-masing :-)

Ralek baca entry yang lepas2...skang masuk entry baru plak...dr entry yang lepas tu...kami jumpa banyak error tentang ejaan...minta maaf smua yer kepada pembaca blog ni...bukan sengaja tu, tiap kali buat entry dalam keadaan kalut, kekadang dua tiga kerja dalam satu masa, kekadang celah2 jap time free, pastu ade tetamu datang laa, ade call dan macam2 gangguan yang memang dah rutin kami setiap hari...kalo x berbicara langsung rasa rugi juga mempunyai blog kan...teringin juga membuat sedikit catatan untuk diri sendiri, boleh dibaca di kala free :-) sekaligus mengingati rentetan perjalanan business nie...

Ok masuk kepada entry hari ini...Batik Songket Gold :-)
Skang tengah famous BSG kan..kami pun antara salah seorang dealer BSG tapi tak laa famous sgt, biasa-biasa jer...just untuk kawan-kawan dan juga adik beradik sahaja :-) tapi memang tak dinafikan memang BSG sangat laris buat masa ini...



Batch pertama kami ambik hanya untuk pakai sendiri sahaja dan tunjuk kat kawan-kawan terdekat, masa tanya x de laa ramai sangat yang minat, tapi bila sampai kain, berebut-rebut, sehari jer dah habis...kami terpaksa amik order dan order untuk batch kedua :-)


Ini antara batch pertama yang kami order...kainnya memang sangat cantik dan menarik...boleh dikatakan memang kami sangat-sangat berpuas hati :-) Itu laa yang ramai order bila tengok kain ni depan mata...yang dah order bersama sebelum ni pun terus buat repeat order ngan kami :-)


Cantik-cantik corak kain dia kan...sesiapa yang tengok pasti akan jatuh hati...cantik, menarik, tertarik, dan pastinya sedap pakai dan tak panas...nak buat baju kanak-kanak pun sesuai :-)



Kebanyakan kawan-kawan yang ambik kain ni membuat tempahan dengan kami juga...so kami terpaksa mencari design-design yang menarik dan mengoogle patern menarik yang menggunakan kain BSG ni untuk disuggestkan kepada kawan-kawan...ade juga sesetengah daripada mereka memang sudah mempunyai idea untuk membuat baju mereka...



Teruja kan bila tengok design-design yang menarik, rambang mata jadinya nak memilih....kami bawa datang opis, sekejap jer duk berebut, tarik sana, tarik cni, dah abis....huhu macam goreng pisang panas...huhu yang tak sempat rembat tu masuk ke batch kedua...harap bersabar laa tunggu batch seterusnya yer....kain BSG ni memang sangat laris, dengan supplier pun kami berebut nak amik stok, lambat ckit dah melepas..nasib baik laa supplier kami sentiasa updated stok...kami dapat stok tak sama untuk batch pertama dan kedua...kesemuanya berlainan corak tapi harga masih tetap sama :-)




Yang ni batch kedua yang kami terima....sebenarnya sebelum batch kedua ni tiba, dah ade yang booking...huhu x sabar dia orang ni...supplier hantar gambar pada kami, so kami tunjuk laa dulu kat orang-orang tertentu...nak tunjuk kat semua kalut pulak nanti..tapi ade juga yang tengok gambar x minat, bila sampai jer kain...haa x tertahan godaan :-D sampaikan dr tempat parking lagi dah kena tahan nak tengok kain...lawak jugak rasa dek penangan BSG ni...huhu


Batch kedua ni pun sama seperti batch pertama, sampai kain jer..sehari dah disapu licin oleh customer-customer kami :-) alhamdulillah senang urusan kami, x yah nak simpan stok lama-lama kan...bila bagitau pada supplier, kain yang di hantar tu dah abis, terkejut dia, cepatt katanya :-)

Skang tengah tunggu batch ketiga dan seterusnya kalo ade permintaan lagi...untuk batch ketiga dah ade list menunggu cuma tunggu stok daripada supplier jer...kali ni tak tahu laa dapat corak mana sebab supplier belum confirm lagi stok yang akan sampai...bayangkan stok ngan supplier pun habis...sebab tu kami maklum awal-awal pada customer, kena tunggu stok kain sampai dulu baru kami tunjuk, so harap2 dapat bersabar laa yer...yang batch kedua ni ramai yang buat repeat order tapi kami tak pasti kain-kain corak sama macam tu akan tiba lagi atau tak, tunggu feedback dari supplier juga :-)

Ok skang kami nak share contoh BSG digunakan untuk pelbagai kegunaan selain sebagai kain batik biasa....idea dan gambar-gambar ni dari Mr GooGle yer ;-)


Dress...



Kebaya Plain dengan kain BSG...




Jubah....


 Satu family menggayakan BSG...




Vest dan Purse...




Purse dan kasut...




dan ini dari customer kami....idea dan permintaan daripadanya sendiri :-)



Mini Kurung dengan Kain A-Cut



Ramai lagi yang sedang menanti order dan tempahan mereka...harap bersabar yer..kami akan memberikan servis yang terbaik untuk anda semua...terima kasih yang tak terhingga kerana menyokong kami dalam bidang ini...semoga anda gembira dan berpuas hati dengan servis yang kami berikan...

Sehingga berjumpa lagi....







(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersua kembali kita pada hari ini...
Kami berharap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta dan selamat merempit bagi kawan-kawan seperjuangan...mesti dah bz dengan tempahan baju raya kan ;-)

Ok arini kami nak share skirt peplum keluaran kami, sekiranya berminat, kami ade membuat readymade, boleh ke online shop kami di Page : Dsuefia Collection.
Bagi yang mempunyai saiz yang special seperti XS, XXL ataupun XXXL, anda boleh request daripada kami untuk skirt berkenaan, kami akan membuat khas untuk anda :-)
Bagi yang inginkan kain yang lain daripada yang lain, anda jangan segan silu membuat request daripada kami dan kain sendiri pun kami terima dengan bayaran upah yang memang berpatutan.



Sebarang pertanyaan, order atau ape saje boleh whatsapp sue @ 017-9383664 :-)
InsyaALLAH segala kemusyikilan akan dijawab dengan segera...

Sehingga berjumpa lagi...




(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersua kembali :-)


Hari ni kami nak share Nursing Blouse...amat sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusu...
Ibu yang tak menyusu boleh pkai x??? insyaALLAH boleh, ape salahnya kan..boleh menjadi satu fesyen yang menarik....tp mmg dibuat untuk ibu yang sedang menyusu ;-)









Sedikit perkongsian bersama...

5 TIPS MENYUSU DI TEMPAT AWAM (a.k.a NIP , nursing in public)

1. Pakai nursing friendly attire. 
Tidak semestinya pakaian khas menyusu , blouse atau jubah biasa pun boleh tapi pilih yang berbutang atau berzip di kawasan dada.
Antara sebab kenapa kami membuat keputusan hasilkan design baju dengan zip di dada :)

2. Pilih tudung yang labuh.
Biarlah labuh sekurang-kurangnya menutup dada , disamping aurat lebih terjaga,
mudah untuk kita cover kepala anak ketika menyusu.

*Tips tambahan : Bagi yang ber-baby wearing, 
lebih mudah menyusu anak didalam carrier kerana carrier sendiri sudah menutupi dengan meluas :)

-Untuk sling ring, boleh gunakan ekor carrier untuk tutup bahagian kepala bayi ketika menyusu,
-Ssc biasanya ada didatangkan dengan had cover yang juga boleh digunakan untuk menutup kepala bayi ketika menyusu.
-Wrap juga agak penuh coverage dan hanya perlu adjust ketika menyusu.

3. Lokasi yang bersesuaian
Pilihlah kawasan yang kurang orang, dan jika boleh dibelakang kawasan tertutup
seperti di tembok jika ke mall atau di belakang pokok sekiranya outing di taman.

4. FOKUS
Fokus pada menyusu dan coverage yang betul, jangan terlalu memikirkan orang sekeliling kerana ini akan menyebabkan stress dan menyukarkan sesi penyusuan.

5.Bantuan Suami
Jika masih tidak confident dapat menyusu dan melindungi aurat dengan sempurna,
minta suami tolong block anda dari dilihat orang awam. InshaAllah suami pasti helpful.


Semoga kita semua mendapat sedikit pengetahuan daripada perkongsian ini....

p/s : Nantikan kemunculan Nursing Jubah & Nursing Dress :-)

Tempahan dan Readymade...SMS @ whatsapp 017-9383664 ;-)

Sehingga berjumpa lagi...




(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)


Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang sedia maklum..mama dah share mengenai tempahan khas iaitu selempang pada entry yang lepas....so hari ni mama nak share pula majlis anugerah yang berlangsung baru-baru ini di mana pelajar Cemerlang IPGKSM telah dianugerahkan dengan Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa :-)


Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah...semoga anda lebih cemerlang di masa akan datang...insyaAllah :-)

Tanpa membuang masa..jom kita tgk majlis yang berlangsung baru-baru ini :-)













Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar :-)
Untuk lebih banyak gambar, sila ke cni yer...... 
https://plus.google.com/photos/105335178750798820973/albums/6070745130300119521

Sehingga kita berjumpa lagi.... ;-)



(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)