Showing posts with label WEDDING. Show all posts
Showing posts with label WEDDING. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kita petang ni yer...insyaALLAH pertemuan petang ni hanya sekejap untuk perkongsian sulaman tuala Selamat Pengantin Baru :-)

Tempahan daripada customer tetap kami juga...setiap kali ade event, kenduri, majlis perpisahan atau apa saje..kamilah yang di cari :-D
InsyaALLAH kami akan memberikan servis yang terbaik untuk anda semua...

Tanpa membuang masa, jom kita lihat tempahan towel kali ni...









Kali ni simple sahaja...alhamdulillah urgent order sebelum beliau bercuti...:-)
Untuk makluman, tempahan towel biasanya banyak kami terima secara urgent..tapi untuk tempahan khas atau tempahan yang banyak, kami tidak dapat memenuhi permintaan sekiranya diorder secara urgent..maksudnya order hari ni, nak hari ni juga atau esok..memang kami tak sempat nak buat, sebab itulah kami selalu mention kepada para pelanggan kami untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan segala kesulitan yang berlaku ;-)

Ok laa, sampai di sini dulu perkongsian kita pada hari ini, sebenarnya posting hari ni urgent juga sebab nak edit pic baru, so pic lama kena upload dulu bagi mengelakkan terpost dua kali perkara yang sama atau miss gambar2 yang mmg agak diluar jangka skang, x sempat nak upload terus bila siap projek..mesti peram dulu, last2 lupa nak upload..bila customer tanya mula menggelabah cari gambar, rasa macam dah upload, bila time nak guna @ nak tunjuk pada customer, baru laa tahu gambar x de..masa pencarian tu laa yang ambil masa...so, sekarang ni kami akan cuba muatnaik segala aktiviti kami supaya senang bagi kami dan juga customer kami membuat rujukan..sekiranya kami berada diluar kawasan pun, customer masih boleh akses sendiri untuk mendapatkan maklumat dan melihat contoh2 hasil kerja kami :-)

Panjang lebar plak coretan petang ni, sebelum berundur, sama-sama kita bermuhasabah diri...hidup kita mestilah sentiasa ceria dan sentiasa dihiasi dengan segala perkara yang bermanfaat untuk smua :-)






(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
 Assalamualaikum w.b.t.

Bersua kembali selepas lama bercuti..smua aktiviti dihentikan untuk memberi laluan kepada majlis adinda pada Jumaat yang lalu...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seprti apa yang telah dirancangkan...

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan segala pemberianMu...kesihatan, kemudahan, keceriaan dan sebagainya bagi menjayakan majlis yang cukup meriah ini...selesai sudah..penat lelah masih terasa namun dengan kemeriahan tetamu yang hadir...semuanya hilang tanpa disedari....sekarang semua sudah kembali ke sarang masing2 :-) menjalani  tugas seperti biasa...

So arini mama nak kongsi detik2 majlis bersejarah baru2 ni...snap yang biasa2 saje sbb dah tempah cameraman...so rakaman tidak serancak mana....kita bg peluang kat cameraman saje...ini antara yang mama snap sambil2..so gambar agak tidak memuaskan sebab tidak mmembuat sebarang setting menyetting...sebagai kenangan dan tatapan buat puteri mama di masa akan datang...mungkin akan menjadi sejarah manis buat kamu dan kamu berdua akan mengingati kembali saat2 ini tika melihat foto-foto yang mama ambil...ENJOYYYY!!! 

Antara gambar2 yang sempat disnap....Tetamu undangan yang hadir paling awal untuk majlis ni...datang dari jauh....seberang sana...keluarga Pak su (adik kembar Tok Abah) dan Mak su...Terima kasih banyak2 kerana sudi hadir....

















Sorry ade masalah line arini..insyaAllah mama sambung esok yer..opps lupa..esok mama kursus...nanti kita continue...bila mama free ok :-)

Jumpa lagi...........

(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Salam...

Pejam celik dah di  akhir November kan..Next week dah masuk Disember...bulan terakhir untuk kita di tahun 2012 ni...
Bila hari2 bz..masa terlalu singkat kita rasa...apepun hope u will manage your time smartly...okey :-)

Ingat lagi tak kain ni...yang sue post kat FB...godek2 jd ape yer....emmm ni laa antara projek sue untuk bulan ni...kalo ikut list mmg banyak yang nak buat...tapi tak semuanya tercapai disebabkan request dari customer...kita berpegang kepada CUSTOMER FIRST & CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT...so x leh nak buat ape laa :-)

Amacam...ok ker...ehehe tgk btl2...tu bukan sue yer..itu adalah gaya model di pasaran...siap projek tup2 model dah gayakan baju sama seperti kain yang sue jahit...mungkin kebetulan saje kot...ehehe

Haa ni model si cilik plak...ade macam gaya model tak..ehehe ni post masa kat tempat kenduri...siap jahit sok terus pakai g kenduri sepupu..tp x byk snap gambar masa tu..ini jer yang sempat....

Itu kami tiga serangkai...kenangan di hari bahagia Itah...Selamat Pengantin Baru Itah...Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa...Amin

Untuk projek2 lain bulan ni...x sempat nak snap gambar lagi...insyaAllah will be share here next...okey :-)

(-: H@PpY SeWiNg & Cr@fTiNg :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam..

Google Image :-)

Ape khabar semua...sue harap semua berada dalam keadaan sihat disamping kerja masing-masing...sue dan family alhamdulillah sihat-sihat semua :-)

This weekend bz sangat dengan majlis perkahwinan sepupu...dalam masa yang sama sempat mencelah menyiapkan tempahan customer...untuk Hari Raya Aidiladha...Alhamdulillah semuanya selesai seperti yang dijanjikan...ade satu lagi tugas yang belum selesai iaitu projek untuk bulan ni bersama SNC...

InsyaAllah sue akan berusaha menyiapkannya dalam masa terdekat ni..sok dh nak balik beraya..harap dapat mencelah sedikit ruang untuk projek tu...minggu ni ade event lagi selain sambuatan Hari Raya...hmmm byk betul event yang tak disangka datang serentak..apepun kita terima dengan rasa syukur dan senang hati yer..semuanya telah ditetapkan olleh Allah s.w.t :-)

Jom kita review sket event minggu lepas...Hari Bersejarah buat anak tunggal ayah chik dan mak cik...Li@ & M@N...Tahniah dan kami doakan agar kekal sehingga ke syurga...Aminn :-)

 Pelamin yang indah disinggahsana...

 Sebahagian daripada Hantaran dari pihak perempuan...

 Pengantin perempuan menyarung sebentuk cincin ke jari 
suami tersayang...

 Suami membalas dengan menyarung seutas gelang tangan 
buat isteri tercinta...

 Bersalaman memohon restu dan berterima kasih...

 Memori bersama sebagai kenangan...so sweet...
bakal ustaz dan ustazah..InsyaAllah :-)

 Seperti biasa merakam secebis memori 
untuk dijadikan kenangan...:-)




























Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...simple tapi meriah :-) semua sanak saudara berkampung di sini selama dua hari bergotong royang menjayakan majlis tersebut...satu suasana yang cukup harmoni dan dapat mengeratkan silaturrahim...:-)

Kepada Li@ dan M@N..selamat menjalani alam rumah tangga dan selamat kembali meneruskan pengajian masing-masing di Saudi Arabia...kami doakan Li@ dab M@N berjaya menamatkan pengajian dan suksess selalu :-)

Sehingga berjumpa lagi...

(-: H@PPy H@PPy H@PPy :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam dan selamat petang semua :-)

Buat ape petang macam ni..masih lagi dengan aktiviti menjahit ker...hari ni sue belum sentuh jarum lagi..asyik bz memanjang, so petang ni nak berehat kejap sambil berkongsi xtvt last weekend...seronok juga sesekali menghadiri majlis kawin secara konvoi ni :-)

Destinasi pertama yang kami pergi ialah rumah kawan adik..rapat sangat ngan adik termasuk ahli keluarga kami sendiri, so nak tak nak terpaksalah menghadiri majlis beliau bagi memeriahkan lagi suasana :-)

Sampai jer umah dia kebetulan pengantin baru sudah bersiap, so kami terus mengambil kesempatan untuk merakam memori kenangan bersama pengantin...dapat laa snap dua tiga keping gambar bersama :-)

Ini dia gambar pengantin..pasangannya belum tiba disebabkan kami datang awal sebelum pihak lelaki sampai...cantik dan berseri kan...kami ucapkan tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu yer sis @iNi :-)

With my youngest sister...her best-friend :-)

 Posing-posing...

 another pose...:-)

 and me with my shayam..not excuse yea :-D

also my niece...

My mum and my older sister are not interested to join me,so there have no pic here.. orang ramai pun mula berpusu-pusu masuk untuk berjumpa pengantin...so kami kena minta diri dulu laa untuk memberi peluang kepada tetamu yang hadir...

Balik umah solat zohor dan kami konvoi pulak ke rumah pengantin kedua...bertempat di Padang Air...jalan untuk sampai ke rumah pengantin agak mencabar kerana hanya satu laluan kereta saje...akhirnya kami sampai juga mengikut peta pelan wedding card + tanya org di tepi jalan kat ctu..:-D

Kami pun sempat bergambar dengan pengantin sebagai kenangan...majlis sudah selesai dan pengantin lelaki masuk solat, jd kami bergambar dengan pengantin perempuan saja laa :-)

 Their wedding place...

 Ini dia pengantinnya..Selamat Pengantin Baru...semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa...kalo ade pasangannya kan lagi cantik gambar ni..

Kami juga sempat merakam kenangan bersama pengantin...ramai anak buah join tu..ehehe



dan sebelum balik..sempat posing di pintu gerbang pengantin...ehehe

Begitu laa aksi kami kalo dah berkumpul ramai2..macam-macam karenah..ehehe...dan kami menuju ke satu destinasi lagi iaitu Jemputan Aidilfitri di rumah ayah sepupu di Padang Nenas...aduii memang tak tahu mane nak isi dah ni..perut dah tersangat kenyang...x pe laa pergi untuk merai jemputan...(adik ckp) so ikt je laa :-)

X de snap gambar ape dah..petang tu plak ujan, lagipun badan dah penat, pk kakak ngan babah lagi kat umah tok abah, dia orang tak ikut...kakak bgn lambat dan babah plak penat br balik outstation...so dia orang rehat kat umah je laa...

This weekend very happening...lama dah tak jumpa dan jalan konvoi ramai2..kalo babah ngan kakak join lagi seronok...apepun semoga kita dapat berkumpul ramai2 lagi..tu pun belum cukup korum...kalo x tiga buah kete x muat..ehehe

ok laa..sue minta diri dulu...kejap lagi nak balik dah..malam x leh nak online buat masa ni..terpaksa menyiapkan tempahan pelanggan...so harap faham laa yer...

sehingga berjumpa lagi...

wassalam... :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION