Showing posts with label MY DREAM. Show all posts
Showing posts with label MY DREAM. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali...

Ok arini just nak share citer pasal business card :-)

Setiap perniagaan mesti kena ade business card kan...senang ckit nak perkenalkan business kita...tp x smua..ade juga sesetengah business yang dah lama bertapak, org dah kenal dan tak perlu business card lagi...just bgtau nama org dah kenal dan tahu :-)

Untuk kami yang baru nak merangkak ni...perlu laa mencari sesuatu untuk memperkenalkan business kami kepada orang ramai..maklum laa kami lebih banyak bergerak secara online, jadi bila kuar ckit dari kepompong, nak laa bg business card kepada kenalan baru dan customer baru, bagi dia orang lebih mengenali sekaligus mengetahui business yang sedang kami jalankan :-)


Ini dia business card kami...ok tak???
huhu ok ker tak ker..mmg kami dah tempah ;-) so kena terima saja laa..yang penting kami suka...takkan nak tanya semua org kan..ikut citarasa kita laa...ahaks :-)

Kami memilih design cetakan depan dan belakang...
Untuk muka depan, segala details kami tertera di ctu manakala bahagian belakangnya pula mengenai servis yang kami sediakan...
Bahagian hadapan yang paling penting ialah NAMA, NO TELEFON dan NO DAFTAR NIAGA...
yang lain2 tu kita add laa mana yang kita rasa perlu dan penting juga :-)
Bahagian belakang pula kami khaskan untuk senarai servis sahaja....so, segala servis yang kami sediakan terteka di situ...
ALAMAT?????
Hmm alamat x der kan...knp??? 
Untuk pengetahuan semua, kami banyak menjalankan business secara online, so alamat kami bukan satu kepentingan kerana pelanggan x perlu datang ke tempat kami, memadai dalam talian sahaja...dan kebanyakannya kami yang memerlukan alamat pelanggan kami untuk menghantar barang :-)
So, sbb itula kami tidak memasukkan alamat dictu...
Satu perkara lagi, bagi kami yang menjalankan perniagaan online ini, alamat bukan satu perkara yang penting kerana pelanggan dari seluruh pelusuk mana sekalipun boleh berurusan dengan kami...tiada masalah dengan alamat...adalah lebih penting diletakkan nama blog dan page sahaja :-)


Business card ni pun kami tempah secara online...masa ni ade promosi...so dapatlaa dengan harga yang sgt2 berbaloi...rm70 untuk 1000pcs cetakan depan belakang....murah kan...kami rasa sgt2 murah dan berbaloi...mana nak dapat dengan harga yang begitu murah macam ni kan....
Kualiti printingnya pun boleh dikatakan kami puas hati...cantik dan kemas :-)


Masa yang diambil untuk menyiapkan business card ni agak lama ckit...mungkin sebab kami tempah dalam waktu promosi kan...mesti ramai yang menempahkan...lepas buat payment, tunggu dia org contact kita untuk confirmkan design..masa ni kami x sabar..mcm2 pk..igt dah kena tipu sebab lama sangat nak tunggu confirmation, rupanya list panjang, so kena ikut turn :-D
Sabar separuh daripada Iman...ingat tu !!!


Akhirnya selepas confirmation tu...kiranya x lama laa..tibalaa business card yang kami tunggu-tunggu :-) Happy laa baru 1st time buat business card kan...kata business dah lama...hehe
x pe..kami dahulukan ape yang penting dulu, benda2 mcm ni tggu ade promosi, kena ngan harga baru cuba, kalo x sblm ni MR Babah printing sendiri....HIHIHI jangan marah yer...nak jimaTTT :-D



Bila dah ade business card ni...rasa bertambah yakin dengan business skang, asyik rasa nak buat promosi jer....dan dalam kepala ni macam-macam plan datang...cuma masa jer sangat2 terhad...alhamdulillah tempahan pun makin bertambah..hantar satu masuk 2-3...kata orang rezeki ALLAH s.w.t tu memang luas, siapa usaha pasti ade hasilnya... :-)



Tempahan hujung tahun 2014, awal tahun 2015 kami selamat menerima business card ini..jadi permulaan tahun baru ini memberi banyak agenda baru kepada business kami, alhamdulillah :-)

Plan kami pun alhamdulillah satu persatu kami capai...antaranya pembelian atau pemilikan mesin yang kami plan semua dah dapat....skang kami memiliki 10 mesin dan akan "CLOSE" untuk bahagian pembelian mesin buat sementara waktu....{mesin ke 11 tu nanti kami citer smula ekk..sbb mmg btl2 x rancang} cukup 10 mesin maka lengkaplah segala kelengkapan kami untuk segala tempahan dan juga pengeluaran produk...alhamdulillah :-)

Plan seterusnya menambah stok dan mula beroperasi mengeluarkan barangan HANDMADE "stitching & embroidery by Dsuefia Collection" ;-) InsyaALLAH doakan kami semoga dipermudahkan segalanya...amin

Setakat hari ini kami mengeluarkan barangan READYMADE seperti Pin shawl, button, shawl, skirt, nursing blouse, maternity skirt, skirt 6 panel, peplum skirt, A-Cut skirt, barut bayi, barut ibu, dan beg :-)
Kami juga dah buka KEDAI ONLINE di PAGE Dsuefia Collection...untuk melihat produk terkini dari kami, sudi-sudikanlah terjah di sana yer :-)

Panjang plak entry arini...igt x nak mengarang...mana boleh bila dah jumpa keyboard ni kan..ade jer citer yang nak dikongsi bersama...huhu semoga ade sedikit manfaat untuk kawan2 yang baru dalam bidang ini....ape yang penting komitment dan KESABARAN yang tinggi perlu ade..insyaAllah kita akan bahagia :-)

Ok laa..nak stop dah..nanti melarat citer lain plak...sampai di sini dulu..ade kelapangan dan ketenangan kita jumpa lagi yer...jom share2 bersama yer :-)
Sehingga berjumpa lagi...







(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali mama ucapkan Happy Anniversary to My Love Babah...Tq very very very much kerana hadir dalam hidup mama dan sekaligus melengkankan hidup ini dengan kehadiran dua orang puteri yang sangat cute...comell serta sentiasa menghiburkan hati mama dan babah..tiada kata dapat diucapkan dengan rahmat dan kebesaran ALLAH s.w.t yang tiada nilainya....amin amin amin....Alhamdulillah syukur ke hadratMU Ya ALLAH....semoga Engkau pelihara dan berkati hubungan kami sehingga ke Jannah....InsyaALLAH


Alhamdulillah suka duka , kesenangan kepayahan , ketenangan kegelisahan dan ape jua halangan dan rintangan adalah semua dari ujianMu Ya ALLAH dapat kami tempuhi bersama-sama selama enam tahun hidup bersama...semoga tetap sabar dan tabah mengharungi kehidupan ini denganMu sentiasa disisi kami dan kami memohon kepadaMu Ya ALLAh agar kami dapat menunaikan segala kewajipan kami kepadaMu dan bimbinglah kami ke jalan yang BENAR....amin

MASIH DALAM DILEMA???


Ya....inilah dilema mama kali ini....masih lagi berfikir dan terus berfikir sehingga mendapat apa yang dihajati....kali ini betul2 confius mana satu nak amik...mama nak mesin jahit tepi 3034D tapi babah nak Highspeed....mesin cover-stitch tu rasanya memang kena ambil juga...sebab tempahan sudah diterima....so apepun mama akan usaha untuk dapatkan mesin cover-stitch tu....mesin kelim halus ntah laaa mana satu yang akan kami tangkap nanti....bincang punya bincang hasilnya masih sama...babah still nak Highspeed....tadi dah nyaris2 mama nak join KUTU Kak Ngah amik 3034D...tapi masih bersabar....huhu

Harap ade kawan-kawan yang dapat suggestkan yang terbaik untuk mama....mama juga harap mamma dapat selesaikan masalah ini dengan terbaik dan juga secepat yang mungkin.....naik pening dah asyik duk pk ajer...kan....

Bila nak berblog ade saje yang menghalang...dengan kerja yang bertingkek-tingkek..harap dapat faham situasi mama sekarang..ape pun mama akan cuba buatkan yang terbaik untuk semua.....ni pun dah kesuntukan...dah nak balik dah.....

Sebelum balik....mama nak SHARE satu lagi berita gembira.........as a present for my 6TH Anniversary...............


Alhamdulillah....syukur sangat2...tanpa disangka....MC350 come to my studio.........as my 8TH toys....alhamdulillah....so faham-faham laa yer...keje2 mama akan bertambah lagi....nak jaga dua orang puteri yang sedang membesar dan juga 8 biji mesin untuk dikendalikan....opss sorry...satu dah sold out....hehe

Oklah...time's up....sgt2 cemburu dengan kita kan....sebelum berpisah....renungan dari mama untuk semua :-)



and to My Lovely Babah.....




(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersua kembali kali ni dengan post yang agak menarik.....syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya mama dapat merealisasikan impian untuk mempunyai bilik jahit yang sangat selesa mengikut kehendak hati ini....

Terima kasih yang tak terhingga buat myLove babah yang bersedia melungkan sedikit masa untuk membuat rak benang ini...dari permulaan mengukur saiz sehingga selesai dan siap sepenuhnya...alhamdulillah sangat2 teruja dan terhasil seperti ape yang telah dirancang :-)

Lepas ni kerja2 mencari benang tidak menjadi masalah lagi...smuanya satu tempat...mama just separatekan benang jahit dan benang kelim sahaja....dua orang princess mama pun sibuk membantu menyusun benang2 ni smua....dua2 nampak berminat sgt...lambat masuk blk ni mesti ikut mama kan :-)

Semoga produktiviti mama makin bertambah lepas ni....insyaAllah....semangat untuk menjahit pun makin bertambah bila dpt bilik yang diimpikan....thanks babah yang banyak memberi semangat dan support mama selama ini....pasni ade new baby in the room yea....x sabar nak tunggu bila masanya akan tiba :-) harap2 x lama lagi yer bah :-)

ok laa..rasanya sampai di cni dulu perkongsian mama untuk arini...semoga kita berjumpa lagi....

LoVe@uNis@@Fi@@uNisoLeH@:-#

#Bekerja Lillahitaala....
#Jangan abaikan tanggungjawab....
#Family First...
#Bersabar dalam ape jua keadaan...insyaAllah pasti ada hikmahnya...

 Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang buat semua dan Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia...
Alhamdulillah negara kita masih aman dan damai dengan masyarakat yang berbilang kaum...amat meriah dan kita semua perlu sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan Allah s.w.t. ini...semoga negara kita akan terus aman, maju dan harmoni...InsyaAllah.

Ok arini mama nak cter sket pasal g ker Pusat Epal tempoh hari...skang ni agak kerap kami ke sana...bukan saje2 tau....banyak perkara yang perlu disettlekan...dan mama sentiasa berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang mama telah rancangkan...alhamdulillah dengan kerjasama babah dan anak-anak...mama berjaya sampai ke tahap ini buat masa sekarang...masih panjang lagi usaha dan cita-cita kami sekeluarga..apepun insyaAllah kami akan lakukan dengan sebaik mungkin...semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati usaha kami...amin.

 Kami sangat bertuah...sampai  jer kat Pusat Epal, ada taklimat untuk bakal-bakal usahawan...dengan kata lain seminar meningkatkan produktiviti dengan Epal...kebetulan pada waktu itu, pengurus dari KL ade bersama...so macam-macam soalan diajukkan oleh mama dah babah tentang produk epal ini...dan pasti kami sangat2 berpuas hari dengan layanan dan penerangan yang diberikan....

Bukan senang nak join seminar macam ni...ini pun mmg tanpa dirancang...dan kami dapat mmengikutinya bermula daripada awal sehingga selesai...jelas dan mantap sekali...insyaAllah kami akan gunakan ilmu dan pengalaman mereka yang telah berjaya ini dengan sebaiknya....InsyaAllah

Tekun mendengar apa yang diperkatakan dan sememangnya memang betul apa yang diperkatakan...kita mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi, dari satu sudut lain kita juga ingin melihat anak-anak membesar depan mata kita..dan semestinya kalau suami isteri bekerja di luar, anak2 terpaksa dihantar kepada pengasuh....dan dilema ini sememangnya ramai yang menanggungnya sekarang....alhamdulillah kami akan manage sebaik mungkin dan akan memastikan akan berjaya dalam kerjaya dan anak-anak juga tidak akan terabai...InsyaAllah :-)

Pada hari ini juga mama dapat berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan...dan mereka semua baik-baik dan sporting, tidak kedekut ilmu dan sangat ramah dan mesra sekali....so happy to me...dan satu lagi berita gembira buat mama pada hari tersebut ialah....mama dah bleh bawa mesin kesayangan mama...alhamdulillah setelah melalui beberapa inspection dan akhirnya boleh beroperasi dengan  sebaik-baiknya :-)

Hari ini juga mama telah mendaftarkan diri untuk mendapatkan Pakej AKU....sangat-sangat teruja melihat patern-patern yang terdapat dalam Collection tersebut...dengan hanya bayaran RM50.00 sebagai booking untuk mendapatkkan pakej itu....bila-bila masa mama boleh ambil pakej ni...tunggu bajet jer laa...harga untuk ahli RM499.00 tapi mama rasa sangat berbaloi dengan apa yang kita dapat...dan paling menarik dapat belajar percuma di Pusat Epal selama setahun, so x de masalah mama nak ke sana lagi sekiranya berpeluang dengan masa yang sangat terhad sekarang :-)

 DUGAAN BUAT KAMI....

Dalam perjalanan pulang setelah semuanya selesai....seperti biasa kalo ke Kota Bharu mesti nak jenjalan dulu sebelum pulang ke rummah...dan seperti biasa arini hajatnya nak ke TESCO....tujuan asal nak tengok Vacuum...dah lama cari tapi saje nak tunggu offer baru nak beli...huhu bajet kan :-D pas babah selesai solat jumaat, kami terus bergerak ke destinasi...sampai traffitlight KB Mall, tetibah babah cakap kenapa kete ni...kelas abis...kosong x leh buat ape dah..terus bagi signal berenti di tepi...nasib babah ade sepupu mekanik kat sini, terus call dia dan tak lama kemuadia dia sampai dengan segala peralatan...baiki kat ctu jer..lama jugak kami berkampung kat cni...guard apartment ni ajak kami masuk dalam berehat sebab kesian tengok dengan anak kecil lagi...hari tu pun boleh tahan dengan teriknya panas....diitambbah dengan waktu macam tu...memang terasa bahang mentarinya....

Nampak tak kete kami kat tepi jalan tu...dan mama ngan anak-anak duk kat lobi apartment ni...Alahamdulillah akhirnya selesai dan kami sangat-sangat berterima kasih kepada pak guard2 kat sini yang prihatin dengan nasib kami dan terima kasih tak terhingga buat sepupu babah yang datang membantu kami...kalo x mmg duk situ sampai kul berapa ntah..maklum laa ari Jumaat kat cni mmg banyak kedai tutup kan...dan kami meneruskan hajat untuk ke TESCO...alhamdulillah sampai hajat...sebenarnya dan janji dengan dua orang puteri ni nak ajak jalan-jalan...lama dah mereka berdua x kuar..setia menunggu mama kat umah...mama pun ni laa baru berjalan setelah kembali sihat....maka tertunailah hari ini... :-)

 Akhirnya kami sampai ke destinasi.....1st time menjejakkan kaki di sini semenjak dia bukak...ok laa tempat ni..banyak lagi kedai-kedai kosong tanpa penghuni disekitarnya....ermmm bila 1st time datang mmg tak lepas nak snap gambar kan...hehe skang dah lebuk kata orang....ikutkan perjalanan dari rumah x jauh mana dah sebab dah selalu ke sini kan...dan untuk pengetahuan juga, Pusat Epal pun dah pindah ke sini...lot kedai disebelah TESCO ni...skang kalo datang ke Pusat Epal, memang tak miss shopping terus kat sini....kalo dah bajet nak ke Pusat Epal, mmg mama skali harung beli barang-barang keperluan di sini...senang kan, dua keje dalam satu masa...dan boleh bawa anak-anak jalan2 skali kan :-) kedai kain pun dekat juga..Euro Moda...tapi mama tak pernah masuk lagi...tak tahu laa kain dia macam mana...kalo berpeluang nanti kita terjah yer :-D

 Dan ini reward untuk dua orang puteri mama yang setia bersama kami....bagi dia orang main puas-puas....hari ni juga mama dan babah celebrate birthday dua orang puteri mama ni...mama minta maaf yer...sambut lewat kerana masalah-masalah yang memang diluar jangkaan...alhamdulillah semuanya happy arini....dan segala hajat mama juga dah tercapai...mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama...dan semoga adik dan kakak akan menjadi anak yang solehah serta saling sayang menyayangi antara satu sama lain...

 Selepas solat maghrib baru kami bertolak pulang....huhu mmg puas hati laa kata orang,,,trip kali ni dari pagi sampai ke malam....thanks babah sebab layan kami semua dengan suksess....adik dan kakak nampak keletihan dah...dan planning mama nak beli vacumm pun dah tercapai sbb ade offer gila2 kat TESCO arini...mmg langkah kanan laa kami ke sini...berbaloi kata orang kan :-) adik dah berdukung nggan babah, dan kakak pulak dah masuk troli...huhu mama still berpantang lagi masa ni tapi disebabkan anak-anak...kesian lama dah duk umah kan...join laa sekali...badan pun dah agak letih...nasib babah ade dan uruskan semua buat kami :-)

 Ini dia kawan-kawan mama kat umah...tanpa semua ni memang terlalu boring laa hidup ini....walaupun mama masih belum memulakan operasi buat masa ini...kehadiran kawan baru betul-betul dapat melepaskan gian mama untuk berhobi....kawan yang baru ni just tekan-tekan dan tinggal jer, so kalo dalam pantang kita still boleh guna..menarik kan....impian mama nak dapatkan mesin sulam ni akhirnya tercapai dan insyaAllah akan membuka ruang yang lebih luas lagi buat mama dalam bidang ini....

Pejam celik akhirnya dah tujuh biji mesin in da house...huhu target yang dicapai awal dari masanya...kalo ikutkan mama bajet 1 mesin 1 tahun, ni 4 tahun dah tujuh mesin...alhamdulillah rezeki tanpa di duga kan...dan alhamdulillah syukur ke hadrat illahi buzz mama pun makin lancar sekarang...tempahan juga makin bertambah setiap hari...dengan bantuan babah dan sokongan padu dari babah juga mama dapat merealisasikan impian mama ini...bantuan dan segala sokongan dari babah tidak akan mama lupakan dan insyaAllah akan mama gunakan dengan sebaik mungkin....

Terus memulakan operasi.....dengan pengalaman dan masih lagi dalam pembelajaran, kami telah memulakan satu lagi buzz yang berkait rapat dengan bidang kami sebelum ini iaitu SULAMAN....memang suatu bidang yang mama minat sangat-sangat semenjak dari belum kawin lagi....dengan usaha belajar online dan sebagainya...akhirnya dapat mesin ni...ibarat macam robot, tak perlu belajar pun tak pe...tekan2 start dah jalan....huhu zaman teknologi kan...semuanya semudah A B C :-)

Ini antara contoh-contoh yang mama dan babah hasilkan....just for testing...kata orang warm up dulu sebelum ke peringkat yang seterusnya.....

 Mencuba dengan pelbagai material...tuala, flannel, kain dan lain-lain...testing untuk tulisan dan corak...masih teruja menggunakan mesin baru ni....sedikit sebanyak mempelajari selok belok mesin serta cara-cara bagi memperkemaskan lagi jahitan....

 Lagi cubaan dan cubaan dari kami...abis benang boleh beli..yang penting puas ati...betul tak?? hehe benda baru kan, mesti banyak perkara yang kita nak tahu...lagipun sebarang masalah kita boleh rujuk terus kepada Pusat Epal..itu laa yang menarik dengan Epal...walaupun barangan mereka agak mahal jika dibandingkan dengan produk lain, tetapi servis dan kualiti barang mereka boleh dipuji...dan mama sangat-sangat berpuas hati...mesin kedua mama dari Jenama Janome...mesin jahit Harmony 2049 tu pun mmg tak pernah buat hal dari beli sehingga hari ini...babah servis sendiri jer mesin tu, dan mesin ni babah tengah belajar selok belok dia...dan babah juga yang akan jadi tukang servisnya nanti :-)

 Beberapa bulan selepas amik mesin, mama amik pakej AKU yang telah dibooking...alhamdulillah memang menarik dan semua design-designnya cantik sangat....tak sabar nak try semua design yang ada....dan untuk pengetahuan, mama dapat pakej ini seminggu sebelum kita semua menyambut Aidilfitri yang lalu....so mama memang bz sangat2 waktu tu...tak sempat nak tunjuk dan bagitau kawan-kawan pun..ni pun baru berpeluang masuk dalam blog, kat fb post ckit2 laa tapi x detail sangat...sebab masih dalam testing2...

 Cuba dan terus mencuba...banyak design yang kami dapat, dan kalo anda lebih kreatif boleh combine design yang ada menjadikan lebih bayak design lagi....dan mama sekarang sudah mempunyai custommer yang baru....dalam bidang yang baru ini...alhamdulillah :-) mama hanya  sempat menyulam baju raya sendiri dan anak-anak buat 1st batch atau permulaan selepas mendapat Kit AKU ini....adik-beradik, sanak saudara serta kawan-kawan tak sempat nak menempah disebabkan waktu yang singkat untuk sambutan raya...insyaAllah pasni mama akan display design-design yang ada dan anda semua boleh membuat tempahan :-)

 Antara tempahan yang mama terima untuk aktiviti sulam menyulam ini...ade lagi dari JPAM dan lain-lain dari sekolah....alhamdulillah semoga bidang ini akan terus berkembang dan doakan kejayaan kami semua...InsyaAllah :-) lagi gambar-gambar sulaman di PAGE mama yer...http://facebook.com/DsuefiaCollection

 Ini pula antara sulaman 3D....dan ini adallah hasil terbaru mama buat masa ini...mama buka untuk tempahan secara borong dengan tawaran harga yang istimewa buat anda....

 Nantikan pelbagai lagi design yang akan mama keluarkan dari semasa ke semasa....anda boleh request untuk saiz dan warna...pelanggan adalah keutamaan kami dan insyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat smua :-)

 Sesuai untuk dijadikan hiasan pada bantal, baju, tudung dan apa saje mengikut kreativiti anda....selaman 3D yang agak popular kerana hasilnya yang sangat cantik dan menarik....jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya daripada kami :-) Order dalam kuantiti sedikit juga kami terima :-)

 Design bunga 3D yang sangat cantikk.....sesuai untuk baju dan sebagainya....anda hanya perlu menjahitnya pada baju atau tudung bagi memeriahkan lagi baju-baju anda....

Setakat ini dulu entry mama untuk arini...lama tak berentry..bila dah bercinta baru tahu...panjang lebar rupanya...huhu dah campur dengan dua tiga seisi..maklum laa kat opis free ckit skang, LINE telefon prob, so mama keboringan tunggu call masuk x der..kalo x mmg x ckup tangan nak menjawabnya...maklum laa mama still keje sorang skang, masih tiada pengganti....

Ok laa...sehingga kita bersua lagi...dari mama untuk dua puteri-puteri tersanyang serta pengunjung setia blog  mama....





Sebarang pertanyaan, tempahan atau sebagainya....jangan segan dan silu menghubungi kami di talian 017-9383664 (sue), atau boleh email di suefia788@yahoo.com, atau boleh pm di FB Dsuefia Dfiasueha, PAGES Dsuefia Collection, atau WhatsApp me @ 018-9126561


(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
 Bersua kembali...hehe dan jumpa kerap pulak kan...biasa laa macam tu...tak kenal maka tak cinta....sama juga berblog, bila dah lama tak jumpa mesti rindu kan....hehe mama laa tu :-p

Seronok berblog sebenarnya...dapat meluahkan serba sedikit beban di kepala ni....nak luah kat orang hari2 kan jemu plak...tapi babah tak pernah jemu dengar luahan hati mama kan :-) thanks bah sebab jadi pendengar dan penasihat yang terbaik buat mama dan anak-anak....:-)


BASIKAL?????  Yess...betul laa...basikal laa tu....ermmm nak dijadikan cerita...mama tergerak ati nak beli basikal untuk ulang alik kerja....ehehe kelakar ker..bila mama bgtau babah, babah senyum jer..ape ingat mama x boleh kayuh basikal ker....aduiii laa....mama ok je...x kisah pun tau....ade sebab kenapa mama nak basikal tau....huhu bukan kerana terpengaruh dg  segmen dlm tv aritu tau, bukan juga pengaruh dari siapa2 kat opis atau mana2 tempat...ini adalah gerak hati dan kesedaran mama sendiri....tetiba mama terfikir nak ke opis dengan basikal....

Sejak dua menjak ni mama rasa macam badan makin berat...x tau laa orang nampak besar ker sama tapi itu laa hakikkatnya selepas mama tidak dibenarkan membuat kerja2 yang berat...duk opis goyang kaki..balik umah takkan nak goyang kaki jugak kan...makin hari makin malas dibuatnya....senaman atau apa2 yang berkaitan tidak dibenarkan buat sementara waktu ni...so itu laa mama cadangnya nak buat aktiviti ringan berbasikal ke tempat kerja...bukan jauh pun..dalam sekilo jer, itu pun sampai ker tak....

Kalo jalan kaki dalam 5 minit, dengan berbasikal rasanya 3 minit jer kot..hehe dah dapat bayangkan macam mana kan...best juga...at least leh laa buat senaman walau beberapa minit sehari...tak laa ornnag kata x der senaman langsung....time nak jalan kaki, baru kuar opis ade jer orang yang nak tumpangkan...macam mana nak exercise jalan kaki...itu laa sebabnya mama tergerak ati nak berbasikal plak.....


Cantik tak basikal ni....mama terus mengoogle cari basikal yang sesuai dengan mama...basikal ni bolleh lipat tau...kalo nak balik kampung leh bawa sekali ni....hehe best kan....cari dan terus mencari....mama nak yang betul2 sesuai pastu nanti leh report kat babah suh babah carikan....dan kedua-dua basikal ni mama mmg dah jatuh hati dengan function dan juga harga yang sangat berpatutan....kedua-dua basikal ni dari JEPUN....huhu jauh tu...kat negara mereka mmg dah jd kebiasaan semua orang kebanyakannya berbasikal kan...

 Dipendekkan cerita...lepas mama hantar report kat babah, babah nampak ok jer tapi tak bersungguh sangat...suatu petang babah bawa mama g kedai basikal kat sini...alahai banyaknye model dan jenis basikal....memang rambang mata dibuatnya...babah pun tertarik nak angkat jugak satu untuk dia...hehe baru dia tahu.....maknanya proposal mama berjaya mencairkan babah...hehe lama juga kami di kedai tu..pilih dan tengok semua model yang ada....mama dah berkenan yang biru manakala babah pula yang merah..babah punya special sikit sebab ade dua kayuh...dia buat untuk anak sekali..mmg cantik basikal tu..harga pun murah sangat2 bagi mama...

Dengan semangat yang berkobar-kobar mama ingat babah nak angkat aritu juga....rupanya babah cakap nanti laa...kita survey kat kedai lain plak...hmmmm bukan main bersemangat dah mama tadi...huhu x per laa...mama ikut jer apa yang babah cadangkan....kami pun balik tanpa basikal lagi..dalam kepala mama dah berangan nak naik basikal tau...hehe mmg x sabar mama ni kalo nak ape2 kan...anak-anak mama jangan ikut perangai mama ni yer :-)

Anak-anak ok jer mama plak yang majuk tak dapat basikal...hehe kelakar plak kan....dia orang dua beradik ni sebenarnya dah dapat ape yang dia orang nak...dah lama janji nak belikan basikal untuk kakak...akhirnya kami belikan basikal+kereta...dua dalam 2 tapi mmg sangat2 lasak dan berkualiti...nak tahu ape dia....jommm


Ini dia basikal / kete dia oarang....pernah tengok tak?? yang ni mama amik pic kat GROUPON...orang besar pun leh naik tau....mama dan babah dah biasa naik..mmg kukuh dan tahan lasak laa....seronok juga main ngan dia orang...kkat dalam umah jer laa...huhu


 Ini cara gunanya...senang saje...goyang2 handle dia kete tu akan bergerak dengan sendiri....macam tu laa cara nak control....ade untuk function reverse jugak tau...jangan main...bukan calang2 nie....semua anak buah mama dah ade sorang satu...jadi anak-anak mama pun nak turut serta laa....babah belikan satu jer...so adik dan kakak kena kongsi yer...skang dia orang dah expert guna...naik membonceng dua orang...laju dia orang bawa....seronok tengok mereka bermain....

Bila balik kampung...ramai laa geng2nya...hehe nak2 pulak depan umah tuk baru jer buat jalan  tar....lagi best laa dia orang main....




Seronok kan main ramai2...mama jugak yang kempunan tak leh naik basikal lagi....huhu bila babh nak belikan untuk mama pulakkkk....

Mama rasa buat masa terdekat ni mama terpaksa simpan dulu angan-angan nak berbasikal...ermmm sedih juga rasanye....nak tahu kenapa tak??? Last weekend kami g jalan2 kat TTC lagi..kali ni ade ekspo barangan elekterik...tok ki dah rembat TV besoor...mama ngan mok su yang kempunan periuk LE Cheft...konon belian RM500 dapat harga special RM99...dengan hati yang nak marahnya..beli TV RM 1k above...periuk dah abis....huhu mmg x der rezeki mama kali ni....

Sementara menunggu mok su datang ambil tv, tok ki buat seisi urutan menggunakan kerusi OGAWA...mama plak sesaja jalan tengok2 peralatan senaman yang ada kat situ...semangat untuk bersenam tetap ade dalam diri...bagus laa macam tu kan...ada alatan berjalan kaki, berbasikal, urutan perut, lengan dan macam2....dengan seorang penjual yang ramah mesra....dia bagi mama cuba beberapa alat senaman kkat situ...basikal kayuh tu menjadi tarikan pertama mama....siap boleh cek nadi lagi..apalagi mama cuba laa...diiringi bodyguard setia mama...tuk dan babah laa...hehe

Baru sekejap kayuh...best juga rasa..mak pun terus sapa...jgn laa...baru lagi tu...mama pun terus stop...lupa dah mama kalo mak tak ingatkan...pastu penjual tu ty kenapa..mak cerita laa kat si penjual tu...dan dia kata mama tak boleh lagi buat senaman mcm ni...tggu betul2 ok at least 6 bulan ke atas....babah ape lagi, terus menyapa..itu laa yang dia fikirkan sebelum ni...sebab tu laa kenapa babah tak belikan basikal untuk mama....ermmm kenapa babah tak cakap awal2....You are very LOVE me...mmmm terharu plak rasa....Thanks bah kerana menjaga dan sangat memahami mama...I LOVE U soo MUCH...

Ok2 jangan emo yer..mama ok dan mama boleh terima apabila diterangkan oleh penjual tu...alhamdulillah semoga mama cepat sembuh dan boleh aktif seperti sediakala...InsyaAllah tentang basikal tu mama lupakan buat sementara waktu sebab mama lebih sayangkan babah dan anak-anak melebihi segalanya....kamu adalah jantung hati mama..tanpa kamu mana mungkin mama mampu berdiri seperti hari ini....

Buat anak-anak mama....dengarlah kata-kata mama dan babah, jadilah anak yang baik dan sentiasa menghormati orang tua...ingat bukan semua yang kita nak kita akan dapat dan sesuatu yang bukan rezeki kita, walau macam mana sekalipun tak akan menjadi milik kita...dan kita mestilah redha dan sentiasa bersyukur dengan setiap pemberianNya...dan ingatlah setiap yang berlaku itu ade HIKMAH disebaliknya....




(-: WitH LoVe @uNi S@@Fi@ & @uNi SoLeH@ :-)



Salam..

Ape khabar semua..harap sihat-sihat semua yer...sue alhamdulillah sihat cuma my second princess tak berapa sihat..tu laa jd memikir x tentu jer..nak concentrate my project pun x leh..harap2 cepat sembuh yer dik..

Bila anak tak sihat banyak perkara yang terpaksa cancel..biasa laa budak x sihat ni mmg sgt sensitive dan asyik nak bermanja dengan kita..alhamdulillah sue terima dengan redha..nasib tempahan banyak yang dah settlle..cuma request dari kakak jer lum siap..sabar yer kakak :-)

Arini buntu sket sbb duk pk si soleha...balik t'hari tadi nampak dah ok sket..baru rasa lega..ptg ni saje berceloteh di sini meluahkan rasa hati..kalo x asyik duk memikir jer..harap2 balik ptg nanti dia dah ok :-)

Pada asalnya malas nk buka blog arini..tapi sue dah tertarik pada satu lagi gadget semasa duk sembang2 FB tadi..menarik juga tapi bergunakah ia pada sue..??kot2 beli x guna jer..tapi rasa macam berminat laa pulak..hmm sabar2..Just list to my dream dulu yer..tunggu kawan baru sampai baru pk yang ni ok (pujuk hati sendiri..sob..sob :-D


.Photo: kutu cutter yg akn di amik kat abmaz

 Ini laa rupanya gadget yang sue cakap tu..electric rotary cutter..dengar khabar leh potong 10 lapis kain sekaligus..mmg leh jimat masa tuu...tunggu dapat projek beso laa yer kita beli ni :-)

Ok laa..samppai di sini dulu...ops sebelum terlupa..for the snc pillow project..my pillow will be belongs to Biz De Cottage...hope dia sudi menerima seadanya yer :-)


CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam Syawal dan Salam Satu Malaysia...

Masih dalam bulan Syawal lagi kan...dah abis puasa enam ker? Kite lum abis lagi dan arini alhamdulillah masih lagi berpuasa :-)

Emmm entry arini bukan jahitan atau kraf yer..ni pasal gadget lagi...mmm gila blender ker DC skang..ehehe ni pasal selalu duk tgk kat ebay laa...apepun just nak share gadget yang menarik jer...juga menjadi idaman sebenarnya...confius dah nak amik mane satu..entry yang sebelum ni BoLeH LiH@T Di SiNi :-) pun menarik jugak..DC kena pk betul2 sebelum membeli...dan kaji dulu mane lebih baik yer...(ingatan untuk diriku)...

Ok laa tanpa membuang masa jom kita lihat mini blender yang cute ni :-)

Details of the Deal

Staying fit and healthy depends on a cohesive dietary plan and exercise regime.
With today’s DEAL keep one end of the bargain (if not both) with the Shake N’ Take Mini Blender at only RM58!

This easy-breezy blender makes delicious and healthy treats – smoothies, protein shakes and more.
 

Highlights

  • 69% OFF Shake N' Take Mini Blender @ Squarefeet Enterprise
  • Only RM58 instead of RM188
  • DEAL includes:
    • 1x travel bottle
    • 1x blender base
    • 1x user manual
  • Specifications:
    • Motor Base
      • Wattage: 180w
      • On/off power switch with safety interlock
      • Weight: 684g
      • Dimension: 5.5" (tall) x 4" (diameter)
    • Travel Bottle
      • Weight: 4.3oz (123g)
      • Dimension: 9" (tall) x 2.5" (diameter)
      • Maximum container volume: 16oz
  • Features:
    • Multi-functional mini blender
    • Instantly blend smoothies and protein shakes
    • Blend and drink from the same bottle
    • Blend ice with ease
    • Convenient flip top straw
    • Quick breakfast solution
    • Doubles as takeaway cup
    • Secure sports bottle flip top
    • Cordless with dishwasher safe blending compartment
    • Boost daily fruit and vegetable intake with personalised, healthy concoctions
  • 1-year warranty for motor
  • FREE delivery within Peninsular Malaysia

More cheaper than before kan..also look nice and easy to use...anyone can suggest me which one is the good choice to me... :-)

See in the next entry yea :-)

Jom kita sambung kerja balik...

P/s : Barang lum kemas...arini nak balik kampung lagi... @--@  :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam 14 Ramadhan 1433

Ape khabar semua...macam mane puasa arini..sekejap saje kan..dah masuk 14 hari kita berpuasa...lagi dua minggu kita semua akan menyambut kedatangan Syawal pula :-)

Baju Raya semua dah siap ker...mesti dah kan cuma DC jer lum lagi..sibuk menyiapkan tempahan orang, baju kita yang x siap :-D sampai mlm raya lagi tahun ni nampak gayanye :-D

Hmm...my laptop prob lagi...aduyaiii...sabo je laa di bulan yang mulia ni..byk benda yang nak upload terpaksa dibatalkan...InsyaAllah sekiranya semua kembali ok, DC akan upload...

ok laa..x nak berbual panjang di bulan yang mulia ni....just nak kongsi gadget menarik yang DC terima melalui email pg tadi...Jom kita layanzzzzz

  • Prepare smoothies, Fruit juice, Sorbet blends, Milkshakes, Power shakes, Vegetables, Sauces, Ice Creams and more!
  • Revolutionary emulsifying blade blends fruit and vegetables precisely.  Special blending blades with precisely blends and emulsifies vegetables or fruits with the sharp stainless steel blades with minimal mess.
  • Easy to clean in just split seconds - Unplug Lid, Clean it & Plug it!
  • Special blending blades with precisely blends and emulsifies vegetables or fruits with the sharp stainless steel blades with minimal mess.
  • Octagonal bayonet designed cup for best performance with the smoothie maker.
  • Drinking lid is most suitable for on-the-go during the rush hour in the morning or even for easy storage in the fridge.
  • State of the art design, easy to use and convenient for home use.
  • 1-Month Warranty (upon manufacturing defects)
  • Color: Red

     DESCRIPTION
     
    Fruit fanatics throw bananas, raspberries, and annoying talking oranges into octagonal bayonet cups connected to smoothie mixers, churning out refreshingly fresh and healthy smoothies. With frozen fruits, kitchen operators with sweet cravings garner chilly benefits from natural ice creams, sorbets, and cold stares from envious neighbours. Revolutionary emulsifying blades blend ingredients precisely, resulting in smooth textures and causing excessive salivations. Cleaning cups make cleaning mixers easier and free up time to build smoothie kiosks.
    Product specifications and features:
  • Dimensions: 31cm (H) x 24cm (L) x 13cm (W)
  • Weight: 1.9kg
Package includes:
  • 1 x smoothie maker
  • 1 x small cup
  • 1 x jumbo cup
  • 1 x multipurpose cleaning cup
  • 1 x drinking lid
  • 1 x instruction manual with recipes




  • Price : RM360
    Now : RM135
    Discount : 62.50%
    You Save : RM225
    Free Delivery
Menarik kan...DC dah berangan nak dapatkan ni..tggu claim bulan ni masuk..kalo msk sebelum PROMOSI ni berakhir, alhamdulillah dapat laa DC memilikinya :-)

Pasni senang laa nak buat jus...hari2 kita minum jus segar yer :-)

Ok sampai jumpa lagi...

P/s : sorry x leh lelama...byk kerja sedang menunggu...ptg ni nak blk kg lagii..cpt2 kemas barang..jgn ade yang tertinggal lagiii..huhuhu

(-: SeL@m@T BeKeRJ@ :-)
 
CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION