Showing posts with label CARD MAKER. Show all posts
Showing posts with label CARD MAKER. Show all posts
Ape khabar semua..DC sentiasa doakan anda semua berada dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga :-)


Ok arini DC nak berkongsi pasal Quilling pulak..emmm mane dapat idea ni...biasa laa kita suka berblogging kan..dan macam-macam xtvt kawan-kawan di luar sana...dalam duk intai-intai barang craft..haa jumpa plak hobi baru ni...bila dah bertentang mata..akhirnya jatuh cinta jugaa...aduiii...tp x pe asalkan setiap xtvt yang kita lakukan ade manfaatnya...betul tak :-)



Jangan buang masa lagi..Jom kita tgk sejarah Quilling ni...

Paper Quilling adalah seni menggulung kertas yang telah dikenal di Eropa sejak abad ke-17 dengan nama paper filigree atau roll work. Pada saat itu, khususnya di Perancis dan Italia, seni ini banyak digunakan oleh biarawan untuk menghiasi ornamen² yang sifatnya religius.

Sedangkan di Inggris, seni ini terkenal pada zaman Victorian, masa Raja George III. Saat itu, puteri raja sangat menggemari seni ini sehingga ia dikenal dengan roll work-nya. Putri tsb rajin memberi hadiah kepada teman²nya berupa benda² yang telah diberi hiasan paper filigree. Hadiah pemberiannya yang paling terkenal, iaitu kotak perhiasan.

Dari Eropah, seni ini berkembang ke Benua Amerika. Penggunaannya tidak lagi terbatas pada ornamen² religius, tetapi mulai digunakan untuk menghiasi bermacam-macam benda, seperti kotak perhiasan, perabot, baki, & tatakan gelas.

Pada pertengahan abad ke-20, seni menggulung kertas ini mulai dikenal oleh masyarakat luas dengan nama paper quilling.  Keindahannya telah membuat pecinta seni & craft mengembangkannya dengan design yg indah & menjadikannya hiasan untuk kartu, pigura, dll. Di Indonesia, seni ini mulai meluas. Awalnya memang tidak begitu popular kerana terbatasnya kertas siap pakai dalam beberapa ukuran dengan warna yang terbatas sehingga hanya bergantung pada kertas import. Namun, sekarang sudah tersedia kertas lokal dalam berbagai ukuran & warna yang sangat menarik.

DC suka mencuba pelbagai xtvt sambil berkongsi dengan dua puteri kesayangan ni dan juga anda semua di luar sana...x salah kita mempunyai banyak hobi asal masa kita penuh dengan xtiviti berfaedah...lagipun alatan yang digunakan boleh juga dikongsi dengan xtvt craft :-)





CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam warga Malaysia...diharap sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya :-)

Bersua lagi kita di blog ini ye..arini masa terluang sikit dan DC gunakan sepenuhnya untuk bercerita tentang xtvt minggu lepas semasa berada di kampung halaman...Mr hubby kena outstation so kite balik umah mak laa...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan banyak perkara dapat dilakukan semasa berada di kampung..sempatlaa mencuci mata kat gedung-gedung kain di sekitar Kuala Terengganu..ehehe itu yang bestnyee..si kecik dua orang tu lagi laa seronok dikelilingi saudara sepupu mereka yang sebaya dengannya :-)


Ok tanpa membuang masa, DC akan berkongsi satu xtvt yang dibuat bersama kanak-kanak riang baru-baru ni...ini laa kad untuk Hari Ibu dan Hari Bapa..walaupun hari ibu dah lepas..bila ajar buat kad hari bapa..nak juga buatkan kad untuk hari ibu...layan je laa yer budak-budak katakan :-)

Apepun memang seronok bila buat xtvt bersama-sama dan macam-macam idea yang kita dapat..walaupun dikategorikan kana-kanak..namun ideanya boleh dipakai juga..budak-budak sekarang memang kreatif..

Setiap orang nak buat lebih dari satu kad..emm layan je laa..asalkan mereka semua berpuas hati..dalam masa menyiapkan kad-kad ni..si kecik dua beradik ni punyalaa enjoy dia mengacau orang..teruja tengok alat-alat yang digunakan..maklum laa dah lama geram nak pegang..tiba ari mama bg anak buah guna..apalagi ambil kesempatan laa dia :-) si adik suka main puncher manakala si kakak suka main gunting..apapun seronok melayan karenah dia orang... :-)

Minta maaf semua sebab gambar-gambar tidak berjaya di upload arini..DC memang dh siap edit ape semua namun line kat sini kurang memuaskan...upload tapi tak masuk...ni laa yang buat DC malas nk update blog..bila tiba kerajinan ade saje masalah lain yang melanda...

Walau sudah dicuba banyak kali pun tak berjaya juga...InsyaAllah DC akan uploadkan melalui FB petang nanti..itupun kalo sempatlaa..

DC berhenti di sini dahulu yer...sehingga kita berjumpa lagi :-)

P/S --->> T A Ammar, sila siapkan kad awak yer..next week DC nak tengok ^..^

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION