Showing posts with label BENANG. Show all posts
Showing posts with label BENANG. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Harini nak citer pasal benang plak...
Alhamdulillah masuk tahun 2015 ni plan kami nak ++ stock dulu mana yang sempat...mesin2 smua dah cukup, so top up stok laa untuk agenda kedua kami ;-)

Dengan sedikit modal yang ade...kami berdikit2 tambah stok yang mana penting bagi kami sekaligus boleh menjimatkan kos sebelum bermulanya GST...so mmg kena plan dari awal laa kan :-)

Seperti biasa, mama selaku pengurus acc company manakala babah sebagai penasihat...membuat perancangan dengan teliti dan mengambil kira segala kepentingan untuk meningkatkan lagi operasi serta memajukan business kami dengan jayanya...insyaALLAH

Untuk peringkat permulaan ini, ape yang kami biasa hadapi ialah masalah mendapatkan stok bahan untuk pengeluaran dan menyiapkan tempahan daripada pelanggan...stok utama kami ialah benang....maklum laa tempat kami skang masih kekurangan stok bahan yang kami perlukan...sekiranya berkesempatan, kami akan naik ke Kota Bharu, tapi mengambil sedikit masa dan kadangkala sampai, kedai plak yang tutup dan mcm2 masalah lagi...
So, kami mengambil inisiatif untuk mendapatkan benang secara borong dengan harga yang berpatutan, dan alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t kami jumpa dua orang supplier benang borong online :-)




Ramai yang msg dan wassup kepada kami untuk mengetahui belian benang secara borong ni, kalo sblm ni kami ambil di KL, walk-in sbb masa tu kami menetap di Kuala Lipis, nak ke KL ambil masa lebih kurang dua jam jer...skang dah berpindah ker Besut, Terengganu, nak ambik stok di KL mmg x laa dengan jarak kami skang...alhamdulillah dapat beli secara online :-)

Nak tahu di mana kami borong benang2 ni...di akhir entry nanti kami akan bagitau supplier online kami.....

Jom cuci mata tengok benang-benang lagi ;-)




Opps lupa nak bagitau...smua stok kali ni adalah stok benang sulam...untuk makluman, setiap benang berlainan harga dan jenisnya...jahitan, kelim dan sulaman ade benang-benang yang tersendiri ;-) 




Semua benang ini terdiri daripada pelbagai jenama...antaranya ialah Madiera, Coats, FuFus dan lain-lain lagi...smuanya jenama terkenal AKA famous laa katakan dalam bidang sulam menyulam ni...sebelum ni biasa dengar Senorita dan Dolphin jer kan ;-)


Ok skang adalah tugas pertama kami apabila menerima benang....memandangkan benang-benang ni dah terbuka..ade yang sedikit dan ade yang masih banyak...ade tu kami terima yang baru di mana masih dalam plastik lagi...
So kami bungkus balik smua benang2benang ini untuk mengelakkan berhabuk...sekiranya berhabuk, akan menyukarkan kerja-kerja menyulam nanti....



Selepas siap membalut beratus-ratus ketul benang, langkah seterusnya ialah memasukkan ker rak yang sudah tersedia....

Dan sebelum terlupa...kami janji nak share supplier benang kami ialah Pn Aziah dan Pn Narita...
Boleh cari mereka di FB di bawah...

https://www.facebook.com/emeerkyra?fref=ts
https://www.facebook.com/naritaahmadII?fref=ts

sehingga berjumpa lagi...

(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari ini...kami doakan anda semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu :-)


Hari ni ade berita baik sebenarnya...kami nak war-warkan di sini tentang PROMOSI pembelian benang sulam pada harga borong....

Untuk pengetahuan semua..PROMOSI ini sedang berlangsung dan kami dah muatnaik PAGEs  http://facebook.com/DsuefiaCollection


PROMOSI hebat ini berlangsung berdasarkan stok yang kami buka untuk promosi..so tiada dimaklumkan tarikh tutupnya...hanya bergantung pada stok sahaja...habis stok dikira TAMATlah PROMOSI ini :-)

So jangan buang masa lagi...1st come 1st serve...n BOOKING ARE AVAILABLE yea :-)

Benang yang kami bekalkan adalah daripada jenama VENICE....walaupun kami juga adalah pengguna yang baru menggunakan benang ini..alhamdulillah hasinya sangat2 memuaskan hati.... We @LL FaLL in LoVe... VeNiCe !!!!!

 Inilaa rupanya benang yang kami PROMOSIkan sekarang....Embroidery Thread VENICE :-)


Stok benang yang kami buka untuk PROMOSI....

Seketul bersamaan 25g...sama juga seperti benang Dolphin dan juga Senorita...

Ini hasil sulaman daripada benang sulan Venice....kami gunakan 100% benang Venice...sangat teruja kerana benangnya sangat berkualiti...hanya sekali putus shj kami menyulam hasil yang tertera di atas :-)

Walaupun kami menggunakan pelbagai jenis benang seperti Dolphin, Senorita, Carnation, Coats, Madeira dan lain-lain...tapi yang pastinya kami amat tertarik dengan benang Venice ini...tidak salah laa kami memborong benang ini dan kami ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua :-) Semoga anda juga mendapat manfaatnya...InsyaALLAH :-)

(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)