Showing posts with label SULAMAN. Show all posts
Showing posts with label SULAMAN. Show all posts
Assalamualaikum  w.b.t

Lama tak bersua kan....2017 pernah bersua atau pertama kali...kami pun dah lupa..maklum laa tugas silih berganti menjadikan waktu kami agak terbatas untuk berblogger...kerinduan??? sudah pasti....tapi apakan daya, banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu :-)

Bila berkesempatan macam ni, rasa nak luah segalanya, tapi mana mungkin kerana waktu itu amat mencemburui kita....masih ade lagi ker peminat-peminat blog kami ini??? Kami menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf sekiranya ade yang ternanti-nanti posting kami....memang sentiasa ade dalam list untuk update blog, tapi kekangan masa dan waktu amat dikesali....diharap kalian smua memahami situasi kami di sini ;-)

Di kesempatan bulan yang mulia ini, masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh tanah air yang mengenali kami dia alam maya mahupun di luar sana, mohon ampun Maaf Zahir dan Batin yea :-)  0-0 smua <3

ok, arini just share hasil sulaman yang dah lama berlalu...tempahan istimewa dari anakanda untuk guru-guru di sekolahnya...tempahan luar x sempat nak terima sbb banyak tempahan pukal masa ni, so hanya siapkan request anakanda sahaja...ni pun last minute...nasib sempat, kalo x merajuk lagi ;-D

As simple as face towel for the best teacher...terimakasih cikgu kerana mendidik anak-anak kami...tidak terbalas nilainya hasil titik peluhmu...semoga anak-anak kami terus cemerlang di dunia dan akhirat, insyaALLAH...



For the next...kepada sesiapa yang ingin menempah sebarang tempahan, sulaman, jahitan dan sewaktu dengannya, harap dapat membuat tempahan lebih awal yer bagi mengelakkan sebarang masalah atau tempahan di tolak...memang kami berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengecewakan para pelanggan kami, tapi apakan daya, tempahan-tempahan last minute terpaksa juga di tolak bagi memberikan keadilan kepada pelanggan smua. Kami berharap anda smua berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan sebarang kemusyikilan boleh terus pm @ wasup kami di talian 017-9383664...insyAllah kami akan respon ASAP....Terima Kasih smua :-)

Love u ALL <3

Jumpa lagi dia lain waktu dan siaran...semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat ALLAH s.w.t...aminn


(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t


Bersua kembali kita hari ni yer...
Dalam kesibukan yang melanda, sempat kami terjah ke sini sekejap....untuk menwar-warkan tentang PROMOSI yang sedang berlangsung untuk para pelanggan kami semua....Jom jangan ketinggalan kerana kami jarang mengadakan promosi seperti ini....

Untuk mengetahui lebih lanjut PROMOSI kami, boleh rujuk di bawah ini <3


ProMoSi BuLaN KeMerDeKaaN 
BerMuLa 15:08:2016 - 31:08:2016 
Semua tempahan sulaman tuala (baby,kanak²,dewasa) utk sbrg majlis…
√ Free Design
√ Free Special Gift 
√ Free Postage termasuk Sabah & Sarawak
Jom Tempah Sekarang utk mengelakkan anda menunggu Q yang panjang!!!


Contoh-contah adalah seperti di bawah..untuk melihat lebih bayak lagi contoh tuala yang kami telah sulam, boleh terjah page kami @ Dsuefia Collection.












Promosi ini sedang berlangsung dan akan tamat tidak lama lagi...jadi ape tunggu lagi, Jom tempah sekarang :-)

Jumpa lagi di lain masa dan waktu... :-)

(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersua kita di malam yang dingin ini...begitu lama sekali rasanya meninggalkan blog ini...tapi kami tak pernah lupa kepada kawan-kawan serta pelanggan tercinta...quick update by Page disebabkan kekangan masa yang tak dapat dielakkan...

Bila dapat berblog kembali..teruja rasa hati..ingin ,eluahkan segalanya tapi masih lagi terbatas kerana masa sangat mencemburui kita...semoga kalian semua masih sudi menjengah blog kami yang telah lama ditinggalkan namun sama sekali tidak kami lupakan :-)


Di malam yang hening ini..setelah lama tidak bersua...tak tahu di mana ingin bermula...last update ialah baju kimono...then terus menyepi..tetapi sekiranya ade yang mengikuti Page kami...mereka akan sentiasa tahu akan perkembangan semasa kami ;-)


Tanpa membuang masa, ingin kami war-warkan tentang PROMOSI BULAN KEMERDEKAAN yang akan bermula tidak lama lagi...insyaALLAH admin akan siapkan senarai PROMOSI dalam masa terdekat ini..harap anda semua jangan lepaskan peluang bersama-sama kami....PROMOSI besar-besaran sepanjang tempoh kami bergiat secara online...

Malam ini kami share tempahan latest yang diterima..baru upload ke album di page kami petang tadi...tak lain dan tak bukan tempahan sulaman tuala Selamat Bertunang...harap anda smua dapat melayan entri kami yang pertama setelah lama menyepi...selepas ini akan ade entri-entri seterusnya...byk sebenarnya nak share dengan kawan-kawan seangkatan ini :-)


Jom kita layan dulu ;-)











Kepada sesiapa yang ingin malangsungkan hari bahagia...jangan segan-silu untuk menghubungi kami, tempahan awal sangat-sangat dialukan...harga pasti berbaloi :-)

Perkongsian pertama dari kami setelah lama menyepi...malam ni masih lagi menyiapkan tempahan-tempahan dari pelanggan tersayang...tak boleh lama-lama, tergendala kerja-kerja nanti..insyaALLAH sehingga kita bersua kembali..salam sayang dari kami untuk anda smua :-)





(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kita petang ni yer...insyaALLAH pertemuan petang ni hanya sekejap untuk perkongsian sulaman tuala Selamat Pengantin Baru :-)

Tempahan daripada customer tetap kami juga...setiap kali ade event, kenduri, majlis perpisahan atau apa saje..kamilah yang di cari :-D
InsyaALLAH kami akan memberikan servis yang terbaik untuk anda semua...

Tanpa membuang masa, jom kita lihat tempahan towel kali ni...









Kali ni simple sahaja...alhamdulillah urgent order sebelum beliau bercuti...:-)
Untuk makluman, tempahan towel biasanya banyak kami terima secara urgent..tapi untuk tempahan khas atau tempahan yang banyak, kami tidak dapat memenuhi permintaan sekiranya diorder secara urgent..maksudnya order hari ni, nak hari ni juga atau esok..memang kami tak sempat nak buat, sebab itulah kami selalu mention kepada para pelanggan kami untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan segala kesulitan yang berlaku ;-)

Ok laa, sampai di sini dulu perkongsian kita pada hari ini, sebenarnya posting hari ni urgent juga sebab nak edit pic baru, so pic lama kena upload dulu bagi mengelakkan terpost dua kali perkara yang sama atau miss gambar2 yang mmg agak diluar jangka skang, x sempat nak upload terus bila siap projek..mesti peram dulu, last2 lupa nak upload..bila customer tanya mula menggelabah cari gambar, rasa macam dah upload, bila time nak guna @ nak tunjuk pada customer, baru laa tahu gambar x de..masa pencarian tu laa yang ambil masa...so, sekarang ni kami akan cuba muatnaik segala aktiviti kami supaya senang bagi kami dan juga customer kami membuat rujukan..sekiranya kami berada diluar kawasan pun, customer masih boleh akses sendiri untuk mendapatkan maklumat dan melihat contoh2 hasil kerja kami :-)

Panjang lebar plak coretan petang ni, sebelum berundur, sama-sama kita bermuhasabah diri...hidup kita mestilah sentiasa ceria dan sentiasa dihiasi dengan segala perkara yang bermanfaat untuk smua :-)






(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Harini nak citer pasal benang plak...
Alhamdulillah masuk tahun 2015 ni plan kami nak ++ stock dulu mana yang sempat...mesin2 smua dah cukup, so top up stok laa untuk agenda kedua kami ;-)

Dengan sedikit modal yang ade...kami berdikit2 tambah stok yang mana penting bagi kami sekaligus boleh menjimatkan kos sebelum bermulanya GST...so mmg kena plan dari awal laa kan :-)

Seperti biasa, mama selaku pengurus acc company manakala babah sebagai penasihat...membuat perancangan dengan teliti dan mengambil kira segala kepentingan untuk meningkatkan lagi operasi serta memajukan business kami dengan jayanya...insyaALLAH

Untuk peringkat permulaan ini, ape yang kami biasa hadapi ialah masalah mendapatkan stok bahan untuk pengeluaran dan menyiapkan tempahan daripada pelanggan...stok utama kami ialah benang....maklum laa tempat kami skang masih kekurangan stok bahan yang kami perlukan...sekiranya berkesempatan, kami akan naik ke Kota Bharu, tapi mengambil sedikit masa dan kadangkala sampai, kedai plak yang tutup dan mcm2 masalah lagi...
So, kami mengambil inisiatif untuk mendapatkan benang secara borong dengan harga yang berpatutan, dan alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t kami jumpa dua orang supplier benang borong online :-)




Ramai yang msg dan wassup kepada kami untuk mengetahui belian benang secara borong ni, kalo sblm ni kami ambil di KL, walk-in sbb masa tu kami menetap di Kuala Lipis, nak ke KL ambil masa lebih kurang dua jam jer...skang dah berpindah ker Besut, Terengganu, nak ambik stok di KL mmg x laa dengan jarak kami skang...alhamdulillah dapat beli secara online :-)

Nak tahu di mana kami borong benang2 ni...di akhir entry nanti kami akan bagitau supplier online kami.....

Jom cuci mata tengok benang-benang lagi ;-)




Opps lupa nak bagitau...smua stok kali ni adalah stok benang sulam...untuk makluman, setiap benang berlainan harga dan jenisnya...jahitan, kelim dan sulaman ade benang-benang yang tersendiri ;-) 




Semua benang ini terdiri daripada pelbagai jenama...antaranya ialah Madiera, Coats, FuFus dan lain-lain lagi...smuanya jenama terkenal AKA famous laa katakan dalam bidang sulam menyulam ni...sebelum ni biasa dengar Senorita dan Dolphin jer kan ;-)


Ok skang adalah tugas pertama kami apabila menerima benang....memandangkan benang-benang ni dah terbuka..ade yang sedikit dan ade yang masih banyak...ade tu kami terima yang baru di mana masih dalam plastik lagi...
So kami bungkus balik smua benang2benang ini untuk mengelakkan berhabuk...sekiranya berhabuk, akan menyukarkan kerja-kerja menyulam nanti....



Selepas siap membalut beratus-ratus ketul benang, langkah seterusnya ialah memasukkan ker rak yang sudah tersedia....

Dan sebelum terlupa...kami janji nak share supplier benang kami ialah Pn Aziah dan Pn Narita...
Boleh cari mereka di FB di bawah...

https://www.facebook.com/emeerkyra?fref=ts
https://www.facebook.com/naritaahmadII?fref=ts

sehingga berjumpa lagi...

(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita dapat bersua lagi...

Hari ni diberi kesempatan jenguk blog sekejap, jadi kami nak war-warkan mengenai tempahan sulaman untuk aidilfitri...harga yang sangat berpatutan dan sangat berbaloi...jangan lepaskan peluang ini yer... :-)

Untuk sehingga hari ini...kami masih lagi menerima tempahan untuk sulaman aidilfitri 2015...jangan belengah-lengah lagi kerana kami akan MENUTUP tempahan pada bila-bila masa sahaja setelah memenuhi kouta yang kami tetapkan...so kalo yang terlambat tu, jangan salah kami pula yer kerana tidak menerima tempahan anda..kerana kami dah war-warkan di FB, PAGES dan kali ni di BLOG pula ;-)



Untuk melihat design-design daripada kami, sila ke Pages dan cari album Design Sulaman....kat ctu banyak design yang telah kami paparkan dan semua design itu boleh ditempah dengan kami....sekiranya ade design baru, kami akan updatekan di ctu dan anda boleh memilih design yang anda sukai...

Tempoh sulaman bergantung kepada tempahan...anda digalakkan menempah lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan...untuk makluman semua, URGENT ORDER untuk waktu ini kami tidak terima sama sekali untuk memberi keadilan kepada semua pelanggan...kami mengutamakan 1st come 1st serve...so , kami berharap sangat semua pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan :-)

Disini kami tunjukkan sedikit sulaman yang pernah kami buat untuk para pelanggan kami... :-)

Sulaman pada baju...baju kurung, kurung moden, jubah dll..









Sulaman telekung.....



Sulaman pada tie....



Sulaman tuala.....




Sulaman pada kain felt...





Sekiranya berminat, jangan malu dan segan...just pm @ whatsapp kami di talian 017-9383664 (sue) / 018-9096591 (dee).
Anda boleh bertanya ape sahaja berkaitan dengan sulaman, harga boleh dirunding dengan kami dan untuk tempahan pukal juga kami terima :-)

Sehingga berjumpa lagi...







(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)