Showing posts with label HANDMADE. Show all posts
Showing posts with label HANDMADE. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersua kembali kita pada hari ini...
Kami berharap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta dan selamat merempit bagi kawan-kawan seperjuangan...mesti dah bz dengan tempahan baju raya kan ;-)

Ok arini kami nak share skirt peplum keluaran kami, sekiranya berminat, kami ade membuat readymade, boleh ke online shop kami di Page : Dsuefia Collection.
Bagi yang mempunyai saiz yang special seperti XS, XXL ataupun XXXL, anda boleh request daripada kami untuk skirt berkenaan, kami akan membuat khas untuk anda :-)
Bagi yang inginkan kain yang lain daripada yang lain, anda jangan segan silu membuat request daripada kami dan kain sendiri pun kami terima dengan bayaran upah yang memang berpatutan.



Sebarang pertanyaan, order atau ape saje boleh whatsapp sue @ 017-9383664 :-)
InsyaALLAH segala kemusyikilan akan dijawab dengan segera...

Sehingga berjumpa lagi...




(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih  diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini...Hari ini 23 Ramadhan...tinggal 7 hari lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri...macam mana persiapan anda smua...kami insyaALLAH membuat sedikit persiapan secara ala kadar saja tahun ini...malah seperti tahun sebelum ini juga...

Bersyukurlah kita semua kerana berada di bumi Malaysia yang masih aman, damai dan harmoni dengan penduduk yang berbilang kaum dan bangsa...Jika dibandingkan dengan negara-negara yng sedang bergolak, berperang, bencana alam dan sebagainya...alhamdulillah kita semua terpinggir dari semua musibah tersebut...sama-sama kita mendoakan agar kita semua dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna tidak lupa sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.

Lama mama tak berblog kan :-) kesibukan demi kesibukan terus melanda sehingga ke hari ini...hari ini mama gagahkan diri bersua dengan peminat mama untuk berkongsi sedikit info tentang design sulaman terbaru yang mama terima...nak kata baru sgt tak jugak..cuma baru nak publish kat sini...alhamdulillah design baru ni dah selamat digunapakai dan sudah menerima tempahannya :-)

Tanpa membuang masa...di sini mama kongsikan bersama design sulaman daripada collection 29 di mana designnya agak cantik dan lebih menarik...banyak design dari koleksi ini telah memikat hati mama dan dengan itu cepat2 mama order..alhamdulillah hasil perkongsian membeli collection ini dengan rakan-rakan online...akhirnya collection 29 menjadi milik mama :-)








Cantik tak?? Ade yang berkenan :-) Sesiapa yang mempunyai mesin sulam dan berhajat nak dapatkan collection ini jangan segan2 contact mama yer...the best price i will give for you....dan kepada sesiapa nak menyulam pada baju atau ape saje...cepat2 contact mama yer...just pm @ FB..lebih jimat dan cepat...kita boleh negotiate kat sana yer :-)

Untuk pengetahuan semua....design daripada Collection 29 ini ade yang dah menjadi famous...kalo tak silap mama ranking tertinggi yang mama dapat setakat ini ialah koleksi keychain....Hello Kitty, Car, Leaf dll....antara contohnya boleh lihat di Page Facebook/Dsuefia Collection...












Dan banyak lagi koleksi tempahan pelanggan boleh lihat di PAGE yer....Quick Update juga di sana....jenguk-jenguk laa PAGE mama yer...kalo nak tanya ape2 atau tinggal pesanan juga boleh di personal FB atau PAGE mama yer...

Rasanya setakat ini dulu perjumpaan kita untuk hari ini...sehingga kita bersua lagi di lain hari dan waktu...Tempahan raya belum settle lagiiiii...............puteri mama dah merungut baju raya dia x jait lagi....hwaaaa...tolongggg....jumpa lg di kelapangan akan datang.... :-)

Sebelum berpisah...sama-sama kita renungkan...........








(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

 PENGUMUMAN PENTING !!!




Sesiapa yang berminat tu cepat-cepat laa contact mama yer..jangan sampai tempahan penuh dan DITUTUP pulak nanti :-D tangan mama dua sajer ok..ni bukan kilang nak amik order sebanyak mungkin...hehe harap maklum yer...belum buka tempahan dah ramai yang BOOKED...so cepat2 yer hantar tempahan anda :-)

Ok arini mama just nak share handmade yang mama dah buat..takut terdelete nanti..baik mama post kat sini dulu...kebanyakan handmade yang mama post ni dah x de kat tangan mama tau..semua dah ke pangkuan pemiliknya...seperti yang mama cadangkan, mama nak sentiasa update blog ni, so mama selalu snap pic walaupun sekecik mana untuk tatapan anak-anak mama akan datang, jadi bila terlalu banyak benda dalam fail tu, mula laa laptop jadi berat, so mama akan delete mana2 yang dah berkulat tu...simpan sini saje ok kan :-)

Tanpa bercerita panjang...selamat menjamu mata  yer :-)












Semua kat atas tu adalah hasil keje mama yang selalu bz tak tentu masa tu...hehe...sorry laa dah tak ikut kategori dah....upload sekaligus...dan ade juga yang dah upload sebelum ni..tak pe kira remind blk laa yer..mama x sempat dah nak cek satu2...kalo kakak dan adik tengok mesti ingat kan :-)

Part baju-baju pun banyak yang dah termiss...kalo baju-baju mama, kakak dan adik boleh laa cari balik, x pun tangkap gambar semula, yang para pelanggan tu ntah mana dah, ade yang tak sempat nak snap pun, terus htr...InsyaAllah akan datang mama akan upload gambar baju-baju plak yer..senang ckit nak refer atau pilih contoh bg customer online kan :-)

Ok laa..sampai di sini dulu dari mama yer...
Untuk anak-anak mama tercinta...renungkanlah wahai sayang....



 

 (-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
 Salam semua..

Selamat berhujung minggu kepada kawan2 di sebelah Barat..kite ni di sebelah Timur dah kena msk opis..anak-anak pun dah start sekolah arini...mesti malas nk g sekolah ni...maklum laa cuti panjang katakan :-)

Apepun masa untuk berehat sudah tamat yer adik-adik dan anak-anak sekalian..kamu semua harus kembali menuntut ilmu sehingga jayanya..ingat MENUNTUT ILMU SEHINGGA KE LIANG LAHAD..means belajar adalah suatu ibadat yang harus diteruskan sehingga akhir hayat..bukan di sekolah saja yer :-) 

Oklah tanpa membuang masa DC nak berkongsi ape yang DC pelajari pada hujung minggu lepas...Kelas pembelajaran yang tidak formal yang ditawarkan oleh jiran kat kampung hubby...x kisah laa formal ker tak, bila minat nak belajar tu tinggi, apepun jadi :-)

Jom kita tengok dulu ape bahan-bahannye..ehehe macam nak belajar masak plak :-D


Tak banyak pun bahan-bahannye..kita hanya perlukan dawai, crystal dan manik..itu sahaja...then kita boleh mulakan kerja untuk membuat pokok crystal ni..senang kan..cuma perlu sedikit kesabaran dan ketelitian mengayam untuk membentuk bunga dan ranting-rantingnya...DC belajar buat bunga tapi untuk projek pertama ni DC tak masukkan sekali bunga, just buat ranting dan dicantum menjadi pokok crystal saje :-)


Ini adalah prosesnya..buat tangkai-tangkkai macam kat atas tu...then akhir sekali nanti baru kita akan cantum-cantumkan die...nampak macam senang tapi pedih jugak jari dibuatnya...apepun DC rasa memang seronok dan suka sangat dapat belajar buat pokok crystal nie...nanti kawan-kawan boleh laa mencuba yer :-)


Haa dah siap semua ranting-ranting tu..tiba laa masanya untuk mencantumkan ranting-ranting tu menjadi pokok...emmm jangan kata senang kerana ianya mempunyai teknik yang tersendiri menjadikan pokok tu tinggi, rendang dan sebagainya...


Tengok si kecik ni pun tidak ketinggalan untuk membuatnya :-) Auni Saafia ni memang minat dengan kerja-kerja kraftangan ni, tak kira felting, quilling dan seangkatan dengannya..ehehe

Sambil menyiapkan pokok ni sambil tu laa melayan kerenah si kecil ni...nak buat macam mane si ibu teruja sangat nak belajar :-) 


Taraaa...akhirnya siap juga dua pokok crystal :-) satu tu DC punya dan satu lagi Cek Nor punya (adik hubby)...masa belajar tu sekali ngan dia...cantik tak :-D

Lepas ni boleh laa cuba buat lagi untuk tingkatkan kemahiran tangan dan cara mmenganyam...seronok dan teruja sangat dapat mempelajari sesuatu yang baru di samping dapat menambah ilmu dari cikgu-cikgu yang berbilang dan mempunyai banyak pengalaman...

Terima Kasih tak terhingga kepada guru yang mengajar (Mok Yah) dan juga adik-adik yang banyak memberi sokongan dan tolong jaga my princess for that weekend..ehehe nanti DC belanja minum Tea ping yer..ahaha..


Nie pokok crystal yang dah siap dengan pasunya..DC snap projek yang telah disiapkkan oleh anak murid sebelum ni...dia menggunakan batu crystal biru..cantik juga kan :-)

Oklah sampai kita jumpa lagi...
Selamat berhujung minggu semua yea :-)

(-: HaPPy CraFtInG :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
 Just to share with the others some of my handmade craft :-)








Upload before but can't be publish...i don't know why but it's the problem i have and because of that more works done not be publish...i'm very sorry for this...Hope will understand...

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION