Salam semua..

Selamat berhujung minggu kepada kawan2 di sebelah Barat..kite ni di sebelah Timur dah kena msk opis..anak-anak pun dah start sekolah arini...mesti malas nk g sekolah ni...maklum laa cuti panjang katakan :-)

Apepun masa untuk berehat sudah tamat yer adik-adik dan anak-anak sekalian..kamu semua harus kembali menuntut ilmu sehingga jayanya..ingat MENUNTUT ILMU SEHINGGA KE LIANG LAHAD..means belajar adalah suatu ibadat yang harus diteruskan sehingga akhir hayat..bukan di sekolah saja yer :-) 

Oklah tanpa membuang masa DC nak berkongsi ape yang DC pelajari pada hujung minggu lepas...Kelas pembelajaran yang tidak formal yang ditawarkan oleh jiran kat kampung hubby...x kisah laa formal ker tak, bila minat nak belajar tu tinggi, apepun jadi :-)

Jom kita tengok dulu ape bahan-bahannye..ehehe macam nak belajar masak plak :-D


Tak banyak pun bahan-bahannye..kita hanya perlukan dawai, crystal dan manik..itu sahaja...then kita boleh mulakan kerja untuk membuat pokok crystal ni..senang kan..cuma perlu sedikit kesabaran dan ketelitian mengayam untuk membentuk bunga dan ranting-rantingnya...DC belajar buat bunga tapi untuk projek pertama ni DC tak masukkan sekali bunga, just buat ranting dan dicantum menjadi pokok crystal saje :-)


Ini adalah prosesnya..buat tangkai-tangkkai macam kat atas tu...then akhir sekali nanti baru kita akan cantum-cantumkan die...nampak macam senang tapi pedih jugak jari dibuatnya...apepun DC rasa memang seronok dan suka sangat dapat belajar buat pokok crystal nie...nanti kawan-kawan boleh laa mencuba yer :-)


Haa dah siap semua ranting-ranting tu..tiba laa masanya untuk mencantumkan ranting-ranting tu menjadi pokok...emmm jangan kata senang kerana ianya mempunyai teknik yang tersendiri menjadikan pokok tu tinggi, rendang dan sebagainya...


Tengok si kecik ni pun tidak ketinggalan untuk membuatnya :-) Auni Saafia ni memang minat dengan kerja-kerja kraftangan ni, tak kira felting, quilling dan seangkatan dengannya..ehehe

Sambil menyiapkan pokok ni sambil tu laa melayan kerenah si kecil ni...nak buat macam mane si ibu teruja sangat nak belajar :-) 


Taraaa...akhirnya siap juga dua pokok crystal :-) satu tu DC punya dan satu lagi Cek Nor punya (adik hubby)...masa belajar tu sekali ngan dia...cantik tak :-D

Lepas ni boleh laa cuba buat lagi untuk tingkatkan kemahiran tangan dan cara mmenganyam...seronok dan teruja sangat dapat mempelajari sesuatu yang baru di samping dapat menambah ilmu dari cikgu-cikgu yang berbilang dan mempunyai banyak pengalaman...

Terima Kasih tak terhingga kepada guru yang mengajar (Mok Yah) dan juga adik-adik yang banyak memberi sokongan dan tolong jaga my princess for that weekend..ehehe nanti DC belanja minum Tea ping yer..ahaha..


Nie pokok crystal yang dah siap dengan pasunya..DC snap projek yang telah disiapkkan oleh anak murid sebelum ni...dia menggunakan batu crystal biru..cantik juga kan :-)

Oklah sampai kita jumpa lagi...
Selamat berhujung minggu semua yea :-)

(-: HaPPy CraFtInG :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION

0 comments: