Showing posts with label SHARING IS CARING. Show all posts
Showing posts with label SHARING IS CARING. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali...

Ok arini just nak share citer pasal business card :-)

Setiap perniagaan mesti kena ade business card kan...senang ckit nak perkenalkan business kita...tp x smua..ade juga sesetengah business yang dah lama bertapak, org dah kenal dan tak perlu business card lagi...just bgtau nama org dah kenal dan tahu :-)

Untuk kami yang baru nak merangkak ni...perlu laa mencari sesuatu untuk memperkenalkan business kami kepada orang ramai..maklum laa kami lebih banyak bergerak secara online, jadi bila kuar ckit dari kepompong, nak laa bg business card kepada kenalan baru dan customer baru, bagi dia orang lebih mengenali sekaligus mengetahui business yang sedang kami jalankan :-)


Ini dia business card kami...ok tak???
huhu ok ker tak ker..mmg kami dah tempah ;-) so kena terima saja laa..yang penting kami suka...takkan nak tanya semua org kan..ikut citarasa kita laa...ahaks :-)

Kami memilih design cetakan depan dan belakang...
Untuk muka depan, segala details kami tertera di ctu manakala bahagian belakangnya pula mengenai servis yang kami sediakan...
Bahagian hadapan yang paling penting ialah NAMA, NO TELEFON dan NO DAFTAR NIAGA...
yang lain2 tu kita add laa mana yang kita rasa perlu dan penting juga :-)
Bahagian belakang pula kami khaskan untuk senarai servis sahaja....so, segala servis yang kami sediakan terteka di situ...
ALAMAT?????
Hmm alamat x der kan...knp??? 
Untuk pengetahuan semua, kami banyak menjalankan business secara online, so alamat kami bukan satu kepentingan kerana pelanggan x perlu datang ke tempat kami, memadai dalam talian sahaja...dan kebanyakannya kami yang memerlukan alamat pelanggan kami untuk menghantar barang :-)
So, sbb itula kami tidak memasukkan alamat dictu...
Satu perkara lagi, bagi kami yang menjalankan perniagaan online ini, alamat bukan satu perkara yang penting kerana pelanggan dari seluruh pelusuk mana sekalipun boleh berurusan dengan kami...tiada masalah dengan alamat...adalah lebih penting diletakkan nama blog dan page sahaja :-)


Business card ni pun kami tempah secara online...masa ni ade promosi...so dapatlaa dengan harga yang sgt2 berbaloi...rm70 untuk 1000pcs cetakan depan belakang....murah kan...kami rasa sgt2 murah dan berbaloi...mana nak dapat dengan harga yang begitu murah macam ni kan....
Kualiti printingnya pun boleh dikatakan kami puas hati...cantik dan kemas :-)


Masa yang diambil untuk menyiapkan business card ni agak lama ckit...mungkin sebab kami tempah dalam waktu promosi kan...mesti ramai yang menempahkan...lepas buat payment, tunggu dia org contact kita untuk confirmkan design..masa ni kami x sabar..mcm2 pk..igt dah kena tipu sebab lama sangat nak tunggu confirmation, rupanya list panjang, so kena ikut turn :-D
Sabar separuh daripada Iman...ingat tu !!!


Akhirnya selepas confirmation tu...kiranya x lama laa..tibalaa business card yang kami tunggu-tunggu :-) Happy laa baru 1st time buat business card kan...kata business dah lama...hehe
x pe..kami dahulukan ape yang penting dulu, benda2 mcm ni tggu ade promosi, kena ngan harga baru cuba, kalo x sblm ni MR Babah printing sendiri....HIHIHI jangan marah yer...nak jimaTTT :-D



Bila dah ade business card ni...rasa bertambah yakin dengan business skang, asyik rasa nak buat promosi jer....dan dalam kepala ni macam-macam plan datang...cuma masa jer sangat2 terhad...alhamdulillah tempahan pun makin bertambah..hantar satu masuk 2-3...kata orang rezeki ALLAH s.w.t tu memang luas, siapa usaha pasti ade hasilnya... :-)



Tempahan hujung tahun 2014, awal tahun 2015 kami selamat menerima business card ini..jadi permulaan tahun baru ini memberi banyak agenda baru kepada business kami, alhamdulillah :-)

Plan kami pun alhamdulillah satu persatu kami capai...antaranya pembelian atau pemilikan mesin yang kami plan semua dah dapat....skang kami memiliki 10 mesin dan akan "CLOSE" untuk bahagian pembelian mesin buat sementara waktu....{mesin ke 11 tu nanti kami citer smula ekk..sbb mmg btl2 x rancang} cukup 10 mesin maka lengkaplah segala kelengkapan kami untuk segala tempahan dan juga pengeluaran produk...alhamdulillah :-)

Plan seterusnya menambah stok dan mula beroperasi mengeluarkan barangan HANDMADE "stitching & embroidery by Dsuefia Collection" ;-) InsyaALLAH doakan kami semoga dipermudahkan segalanya...amin

Setakat hari ini kami mengeluarkan barangan READYMADE seperti Pin shawl, button, shawl, skirt, nursing blouse, maternity skirt, skirt 6 panel, peplum skirt, A-Cut skirt, barut bayi, barut ibu, dan beg :-)
Kami juga dah buka KEDAI ONLINE di PAGE Dsuefia Collection...untuk melihat produk terkini dari kami, sudi-sudikanlah terjah di sana yer :-)

Panjang plak entry arini...igt x nak mengarang...mana boleh bila dah jumpa keyboard ni kan..ade jer citer yang nak dikongsi bersama...huhu semoga ade sedikit manfaat untuk kawan2 yang baru dalam bidang ini....ape yang penting komitment dan KESABARAN yang tinggi perlu ade..insyaAllah kita akan bahagia :-)

Ok laa..nak stop dah..nanti melarat citer lain plak...sampai di sini dulu..ade kelapangan dan ketenangan kita jumpa lagi yer...jom share2 bersama yer :-)
Sehingga berjumpa lagi...







(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Harini nak citer pasal benang plak...
Alhamdulillah masuk tahun 2015 ni plan kami nak ++ stock dulu mana yang sempat...mesin2 smua dah cukup, so top up stok laa untuk agenda kedua kami ;-)

Dengan sedikit modal yang ade...kami berdikit2 tambah stok yang mana penting bagi kami sekaligus boleh menjimatkan kos sebelum bermulanya GST...so mmg kena plan dari awal laa kan :-)

Seperti biasa, mama selaku pengurus acc company manakala babah sebagai penasihat...membuat perancangan dengan teliti dan mengambil kira segala kepentingan untuk meningkatkan lagi operasi serta memajukan business kami dengan jayanya...insyaALLAH

Untuk peringkat permulaan ini, ape yang kami biasa hadapi ialah masalah mendapatkan stok bahan untuk pengeluaran dan menyiapkan tempahan daripada pelanggan...stok utama kami ialah benang....maklum laa tempat kami skang masih kekurangan stok bahan yang kami perlukan...sekiranya berkesempatan, kami akan naik ke Kota Bharu, tapi mengambil sedikit masa dan kadangkala sampai, kedai plak yang tutup dan mcm2 masalah lagi...
So, kami mengambil inisiatif untuk mendapatkan benang secara borong dengan harga yang berpatutan, dan alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t kami jumpa dua orang supplier benang borong online :-)




Ramai yang msg dan wassup kepada kami untuk mengetahui belian benang secara borong ni, kalo sblm ni kami ambil di KL, walk-in sbb masa tu kami menetap di Kuala Lipis, nak ke KL ambil masa lebih kurang dua jam jer...skang dah berpindah ker Besut, Terengganu, nak ambik stok di KL mmg x laa dengan jarak kami skang...alhamdulillah dapat beli secara online :-)

Nak tahu di mana kami borong benang2 ni...di akhir entry nanti kami akan bagitau supplier online kami.....

Jom cuci mata tengok benang-benang lagi ;-)




Opps lupa nak bagitau...smua stok kali ni adalah stok benang sulam...untuk makluman, setiap benang berlainan harga dan jenisnya...jahitan, kelim dan sulaman ade benang-benang yang tersendiri ;-) 




Semua benang ini terdiri daripada pelbagai jenama...antaranya ialah Madiera, Coats, FuFus dan lain-lain lagi...smuanya jenama terkenal AKA famous laa katakan dalam bidang sulam menyulam ni...sebelum ni biasa dengar Senorita dan Dolphin jer kan ;-)


Ok skang adalah tugas pertama kami apabila menerima benang....memandangkan benang-benang ni dah terbuka..ade yang sedikit dan ade yang masih banyak...ade tu kami terima yang baru di mana masih dalam plastik lagi...
So kami bungkus balik smua benang2benang ini untuk mengelakkan berhabuk...sekiranya berhabuk, akan menyukarkan kerja-kerja menyulam nanti....



Selepas siap membalut beratus-ratus ketul benang, langkah seterusnya ialah memasukkan ker rak yang sudah tersedia....

Dan sebelum terlupa...kami janji nak share supplier benang kami ialah Pn Aziah dan Pn Narita...
Boleh cari mereka di FB di bawah...

https://www.facebook.com/emeerkyra?fref=ts
https://www.facebook.com/naritaahmadII?fref=ts

sehingga berjumpa lagi...

(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi...rezeki sempena menyambut GST...ramai yang duk bising pasal GST kan...yg duk bising2 tu..anda faham 100% ker pasal GST ni..kalo masih blur2 lg, elok jgn sesekali mengeruhkan keadaan...baik msk library study dulu pasal GST ni okey ;-)


Banyak suara2 yang menyatakan barang naik berkali ganda, kena bayar GST lg, minyak naik dan macam-macamlah yang didengar dibibir telinga...kami ni bukan anti sangat tapi selagi x kena..NO KOMEN ok...
Alhamdulillah setakat ni harga barangan di cni masih lagi terkawal, dan semua barangan yang dikenakan GST adalah dimaklumkan atau dengan kata lain jelas tertera di bil, bukan main hentam jer mcm khabar2 angin sebelum ni..kita sebagai pengguna, mesti tahu hak kita dan yang penting "PEKA" dengan harga setiap barangan terutama barangan keperluan yang kita gunakan...sekiranya ade kemusyikilan, ade tempat yang boleh dituju, bukan melenting tak tentu pasal okey !!

ok stop citer pasal GST...nak citer pasal rezeki yang tak diduga...ikutkan planning kami, dah nak bersara beli mesin...huhu maklum laa studio dah sarat...x de tempat dah nak letak mesin...tetiba dpt msg org nak jual mesin..ditawarkan dengan harga yang menarik juga...apalagi..bincang punya bincang, ok kami decide amik laa..buat aset...lagipun belum ade lagi model mesin ni...terus set harga n terus booking dengan tuannya...alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar :-)

Sebelum sambung citer..jom kita tengok mesin dulu ;-)


Ini dia mesin yang dibualkan itu...masih mengancamkan :-D ni wajah setelah diserbis...wajah asal dalam phone boss...lupa nak amik..kalo rajin nanti masuk dalam entry lain yep...
Alhamdulillah rancangan nak memiliki mesin jahit dan kelim sekaligus tercapai jua akhirnya...lepas ni senang laa...x yah duduk bgn...kejap kelim, kejap jahit..terutama kain lycra..kalo bj kurung biasa kelim siap baru jahit, untuk lycra lain ckit cara jahitannya...so lepas ni x de masalah, senang dan cepat...jahit dan kelim dalam satu masa :-)

Allah Maha Mendengar setiap permintaan hambanya...mmg planning sj suatu hari nk mesin yang jahit dan kelim sekaligus, alhamdulillah dlm masa yang singkat Allah s.w.t makbulkan doa hambanya...mmg x de dlm list mesin ni..cuma planning awal saje...maklum laa bulan January baru ni baru amik mesin kelim halus Gemsy...kami pun dah lupa dah buat entry lum pasal mesin tu...rasanya mcm belum lagi :-)



Tuan asalnya setting mesin ni untuk 3 benang sahaja....dan memang digunakan untuk tujuan kelim biasa...tapi mesin ni sebenarnya adalah untuk 4 benang dan boleh berfungsi jahit dan kelim sekaligus....so kami apelagi...memang hajat dr awal, kalo jd amik mesin ni nak buat 4 benang dan guna untuk jahit lycra...bermula laa research kami mengenai mesin ni...banyak rujukan yang kami dapat adalah daripada internet, google n youtube...alhamdulillah akhirnya kami berjaya jadikan 4 benang dan dapat setting dengan baik sekali...cantik dan kemas jahitannya :-)

Sekali lagi tanpa kami duga...dapat projek baru sekaligus merasmikan mesin "baru" ini ke studio kami...alhamdulillah dengan kurniaan rezekiMu Ya Allah..kami sangat2 bersyukur...sujud syukur kepada Yang Maha Esa...

Rasanya setakat ini dulu perkongsian kita arini...ade yang minta tunjukkan cara kami setting mesin ni daripada 3 benang kepada 4 benang, kerana ramai pengguna YAMATA 747 ini menggunakan 3 benang, sedangkan kita boleh buat 4 benang...insyaALLAH kami akan share caranya di entry akan datang...sudi2kan jenguk blog ni yer :-)

Sehingga berjumpa lagi...Jomm rempit rayaaaa...raya x lama dah...jangan x tdo mlm nanti...huhu :-)

P/s : Baju anak-anak kena siapkan dulu...jangan pagi raya duk merempit lagi...serikkkkk :-D

Sharing with L.O.V.E ;-)








(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

Assalamualaikun w.b.t

ChaKKK....


Bertemu lagi kita di blog ni yer :-)

Kerap plak jumpa sejak kebelakangan ini kan...x per sekurang-kurangnya ade juga sedikit perkongsian bersama peminat-peminat dan juga pengunjung blog ini :-)


Tak nak janji blog ni akan aktif dan terus aktif kerana banyak perkara yang mendatang kita tak tahu sebenarnya ape yang akan terjadi, so tak nak anda smua mengharap pula....selalu laa menjengah blog ini untuk sesuatu yang terkini dan semoga bermanfaat untuk semua :-)


Ok berbalik kepada entry hari ini...kami nak kongsikan bersama tentang Sulaman Tuala...sejak kebelakangan ini banyak pula kami menerima tempahan tuala daripada pelanggan tetap dan juga pelanggan yang baru...alhamdulillah suatu perkembangan yang baik dalam bidang sulaman ini :-)

Tempahan tuala yang kami sediakan berdasarkan permintaan pelanggan dan kami juga ade menyediakan stok tuala bagi memudahkan pelanggan untuk terus menempah daripada kami, pelanggan boleh menggunakan tuala sendiri ataupun tuala daripada kami..insyaALLAH tuala yang kami bekalkan adalah sangat berkualiti dan terbaik.

Sebelum ini kami mengambil stok tuala di Kuala Lumpur iaitu tempat memborong tuala, sekarang kami hanya mengambil daripada supermarket berdekatan dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti yang amat memuaskan...tuala kat supermarket, smua orang tahu akan kualitinya kan :-) alhamdulillah kami mendapat harga yang terbaik daripada mereka :-)

Kami juga menerima tempahan tuala secara pukal dan harganya adalah lebih rendah daripada biasa, jadi untuk peniaga-peniaga yang ingin menambah produk jualan mereka, boleh laa menempah daripada kami, insyaALLAH kami akan memberikan harga yang terbaik untuk anda :-)

Panjang plak entry hari ni yer...ok jom kita lihat tuala-tuala yang telah ditempah oleh pelanggan-pelanggan kami :-)






















(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

















Antara sebahagian daripada tempahan yang kami terima...untuk lebih banyak gambar tempahan boleh lihat di PAGE kami di sini :-)

Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, kami sarankan anda untuk membuat tempahan lebih awal daripada tarikh yang ingin digunakan bagi melancarkan kerja-kerja kami.

Tempahan boleh dibuat seminggu atau dua minggu lebih awal dan design, warna serta tulisan boleh REQUEST yer...kami mementingkan kepuasa kepada pelanggan kami :-)

Sekiranya ade sebarang pertanyaan dan kemusyikilan, jangan segan dan malu untuk bertanya, PM kami atau whatsapp saje kepada kami di no 017-9383664 (sue) kita boleh berunding mengenai harga dan sebagainya :-)

HARGA!!! ok untuk harga sulaman tuala daripada kami, harga bermula daripada RM35.00 - RM50.00 sahaja untuk tuala bersaiz 27"x54" manakala tuala kanak-kanak haraga bermula daripada RM20.00 - RM35.00 bergantung kepada request daripada pelanggan semua. Perkhidmatan bungkusan juga kami sediakan sekiranya anda berminat untuk membungkus tuala tersebut di dalam kotak seperti gambar di atas. Caj tambahan yang kami kenakan untuk pembungkusan hanya RM5.00 sahaja :-)
Untuk tempahan borong, harga adalah berbeza seperti yang kami dah maklumkan di atas tadi, untuk pemborong/peniaga/kelab/persatuan/mahasiswa dan sebagainya yang ingin menempah dalam kuantiti yang banyak, boleh berhubung terus dengan kami untuk perbincangan harga yang terbaik :-)

Panjang entry arini yer...bersemangat pulak menulis bila lama tak berblog ni....masa dan kekangan waktu untuk menguruskan hal yang lebih penting di samping menyiapkan tempahan daripada pelanggan menyebabkan kami kesuntukan masa dan tidak berpeluang mencoret diblog ini...insyaALLAH kami akan berusaha mencelah dan berkongsi dengan anda serba sedikit daripada perkembangan Dsuefia Collection dari semasa ke semasa...

Terima Kasih kepada semua pelanggan-pelanggan kami dan tidak lupa juga kepada semua yang singgah di blog ini di atas sokongan dan penghargaan anda sehingga hari ini :-)

P/s ^..^ <3
Promosi Benang Sulam  dan juga LIKE & WIN masih lg berlangsung...Jemput semua ke PAGE kami http://facebook.com/DsuefiaCollection dan dapatkan perkembangan terkini n Quick Action kami di sana :-)

Sehingga kita berjumpa lagi di lain siaran dan waktu...Salam sayang dan Jutaan Terima Kasih daripada kami untuk anda smua :-)



Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi kita pada hari ini...bila dah start berblog..hari-hari rasanya nak berblog.... :-)


Bila time menyepi...sebulan sekali pun susah nak tengok entry mama kan :-D




Hari ini nak share mengenai FanPage kami...ade lagi ker yang tak tau add FanPage tu...boleh search di tepi2 sepanjang blog ni yer :-)

Alhamdulillah akhirnya FanPage kami hampir mencecah 1000 LIKEs....semoga akan bertambah dari semasa ke semasa....dan untuk penghargaan kepada smua yang telah LIKE Page kami...kami akan adakan surprise untuk insan yang bertuah itu :-)




Caranya mudah saja...cuma ikuti langkah di bawah ini :-)


  • LIKE PAGE kami <<<< https://www.facebook.com/DsuefiaCollection >>>>
  • Comment DONE dan jangan lupa tinggalkan nama FB anda supaya senang dihubungi :-)
  • Bagi yang dah LIKE PAGE kami sebelum ni..just tinggalkan komen sahaja di post tersebut

Mudah saja kan...jom sesiapa sahaja boleh menyertainya....
Pemenang dipilih secara randon berdasarkan no bertuah dan juga nama-nama yang telah comment di post tersebut...Secara tidak langsung, dua pemenang akan dipilih dan akan mendapat hadiah istimewa daripada kami :-)

Pemenang akan dihubungi melalui PM daripada Dsuefia Collection :-)


Jom sertai " LIKE & WIN " daripada Dsuefia Collection

Sehingga berjumpa lagi....RemPiT jangan tak RemPiT......................LoVe @LL.............TQVM

(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
 Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Bersua kembali kita hari ni...ape khabar semua...di harap berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu yer...kami sekeluarga alhamdulillah semuanya baik-baik belaka :-)

Hari ni just nak share antara koleksi sulaman yang mama buat sepanjang minggu lepas dan juga minggu ini...antara yang sempat disulam sementara melaksanakan kerja-kerja hakiki dan juga kerja-kerja part time mama...banyak kerja dalam satu masa kan...memang FULL time for this week....ape pun jangan lupa pesan mak..jangan buat kerja teruk-teruk tau....InsyaAllah mama buat setakat yang termampu yer :-)

Ok lah x nak membebel panjang plak pagi ni..banyak lagi kerja yang perlu mama settlekan..insyaAllah minggu ni nak siapkan beberapa tempahan daripada kawan-kawan dan sepupu mama...jom kita cuci mata dengan sulaman-sulaman yang mama hasilkan...

Antara sulaman 3D yang mama hasilkan....




Ini pula sulaman untuk baju dan sebagainya....




Dan ini video semasa sulaman dilakukan...



Itu saja buat permulaan ini...masih lagi dengan warm up...tak lama lagi kita start kepada yang betul-betul complete yer....sebenarnya kalo ikutkan hati semua design mama nak cuba, tapi disebabkan kekangan masa yang sangat terhad, just cuba yang terpilih saja...insyaAllah mama akan sentiasa update sekiranya ade hasil sulaman yang baru daripada kami okey :-)

Buat masa sekarang ini mama tengah siapkan baju kurung, keychain (kraf), dan juga tudung...semuanya tempahan daripada kawan-kawan dan juga saudara-mara...alhamdulillah dah tak menang tangan rasa setakat ini...InsyaAllah mama akan settlekan dengan sebaik mungkin mengikut turn masing-masing yer :-)

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan...anda boleh pm jer kat FB (Dsuefia Dfiasueha) PAGES (DsuefiaCollectiom) kalo nak jimat kan..InsyaAllah mama akan online everyday utk cek any pm & notification :-) atau boleh juga whatsApp @ sms ke no 018-9126561 @ anytime, anywhere or anyplaces okey :-)

Back to another story for last week...mama buatkan banner baru untuk PAGEs mama...saje2 bila ade mood kan...dan juga untuk hilangkan stress buat keje :-)

Ini untuk PAGE mama...boleh tengok kat http://facebook.co./DsuefiaCollection
Jangan lupa LIKE bagi yang belum like page mama yer...kepada yang dah like tu...mama ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengLIKE page mama ini...anda dapat setiap update dari mama kan...semoga anda semua tidak jemu berkunjung ke sini untuk mendapatkan sedikit sebanyak info tentang dunia jahitan dan kraf daripada mama :-)



Ini pula untuk wall FB mama  [Dsuefia Dfiasueha]
Untuk wall ini kekadang ikut mood, kekadang ikut musim, tak tentu...hehe  x per laa kan..personal FB kan....sesiapa kenal mama tahu laa bagaimana cara mama...dan yang pasti mama ni suka ikut mood jugak perkara-perkara macam ni :-D bila rajin buat macam-macam..bila penyakit malas datang pakai copy paste ajer...hihihi dan inilah hasilnya untuk tatapan semua :-)


Macam mana...ok takk ??? sekali tengok macam serabut, sekali tenung plak ok jugak kan...bagi mama laa...bagi korang plk ntah ler...+ve @ -ve....tetapi yang penting tak salah mencuba kan...memberi ruang kepada diri sendiri untuk berkreativiti kan :-)

ok laa setakat ini dulu untuk hari ini...sehingga kita berjumpa lagi...
Dan ini dari mama untuk sama-sama kita amalkan terutama buat dua orang puteri mama yang tercinta :-)




(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)