Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersua kembali :-)


Hari ni kami nak share Nursing Blouse...amat sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusu...
Ibu yang tak menyusu boleh pkai x??? insyaALLAH boleh, ape salahnya kan..boleh menjadi satu fesyen yang menarik....tp mmg dibuat untuk ibu yang sedang menyusu ;-)









Sedikit perkongsian bersama...

5 TIPS MENYUSU DI TEMPAT AWAM (a.k.a NIP , nursing in public)

1. Pakai nursing friendly attire. 
Tidak semestinya pakaian khas menyusu , blouse atau jubah biasa pun boleh tapi pilih yang berbutang atau berzip di kawasan dada.
Antara sebab kenapa kami membuat keputusan hasilkan design baju dengan zip di dada :)

2. Pilih tudung yang labuh.
Biarlah labuh sekurang-kurangnya menutup dada , disamping aurat lebih terjaga,
mudah untuk kita cover kepala anak ketika menyusu.

*Tips tambahan : Bagi yang ber-baby wearing, 
lebih mudah menyusu anak didalam carrier kerana carrier sendiri sudah menutupi dengan meluas :)

-Untuk sling ring, boleh gunakan ekor carrier untuk tutup bahagian kepala bayi ketika menyusu,
-Ssc biasanya ada didatangkan dengan had cover yang juga boleh digunakan untuk menutup kepala bayi ketika menyusu.
-Wrap juga agak penuh coverage dan hanya perlu adjust ketika menyusu.

3. Lokasi yang bersesuaian
Pilihlah kawasan yang kurang orang, dan jika boleh dibelakang kawasan tertutup
seperti di tembok jika ke mall atau di belakang pokok sekiranya outing di taman.

4. FOKUS
Fokus pada menyusu dan coverage yang betul, jangan terlalu memikirkan orang sekeliling kerana ini akan menyebabkan stress dan menyukarkan sesi penyusuan.

5.Bantuan Suami
Jika masih tidak confident dapat menyusu dan melindungi aurat dengan sempurna,
minta suami tolong block anda dari dilihat orang awam. InshaAllah suami pasti helpful.


Semoga kita semua mendapat sedikit pengetahuan daripada perkongsian ini....

p/s : Nantikan kemunculan Nursing Jubah & Nursing Dress :-)

Tempahan dan Readymade...SMS @ whatsapp 017-9383664 ;-)

Sehingga berjumpa lagi...




(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

0 comments: