Pokok Habatus Sauda
 

Disini diceritakan khasiat, kebaikan dan kelebihan habbatus sauda atau jintan hitam..

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa.


Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.



"Jadikan sebagai sebahagian makanan harian anda dengan mengambil 
Habbatus Sauda"

InsyaAllah stok sentiasa ada...
Untuk kepastian hubungi saya di :
017-9383664 (SMS - 24 hour) @ (Call - After office hour)
Email : suefia788@yahoo.com
FB : www.facebook.com/DsuefiaDfiasueha


CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam satu Malaysia...

Apa khabar semua...DC harap anda semua sihat di samping aktiviti masing-masing yea :-)
Lama betul tak update blog ni...ye laa selepas line buat masalah aritu, tak rasa langsung nak buka blog..arini baru tergerak hati nk update...kalo x hanya sekadar menjengah sahaja...

ok ape citer kite arini ye...emm rasanya DC nak kongsi sesuatu yang boleh menjadi manfaat buat semua yea...ape dia tu...haa jom kita lihat picnye dulu :-)


Haa mesti ade yang dah tgk kat FBDC kan..tapi ape pun nak citer laa ckit pasal benda alah ni...ini sebenarnya bekas letak pen, pensel dan ape-ape laa yang bersesuaian..tgk DC buat satu utk bekas pen dan satu lagi untuk bekas gunting...kalo nak tahu ini adalah ilham dari rakan blogger jugak..kawan-kawan nk tgk leh Klik Sini yea..

Untuk pengetahuan semua..DC gunakan tin susu...basuh bersih2, keringkan pastu leh laa decorate ikut citarasa masing2...pembalut itam tu DC gunakan kain felt..so ikut kesukaan masing-masing laa untuk jadikan bekas ini mengikut warna kegemaran anda ya :-)

Hiasan riben di bawah tu menggunakan riben yang telah sedia ade..satin riben from Japan...dan satu lagi nak dikongsi bersama ialah batu2 yang menghiasi bekas ini...itu adalah dari hasil tangan si kakak :-) haa dia dah pandai skang..mama msk bilik jer terus ikut..sibuk laa bertanya mama nak buat apa..hehe rasa nak gelak juga ngan kerenah dia..itu x si adik lagi..aduiii...

Jadi kerana kerajinan yang amat tinggi..mama bg kakak jer laa yang decorate bekas tu..apelagi..haaa suka sgt laa dier..itu batu2 yang kakak beli dr mak long dia...ade 3 pack batu berlainan warna...

Selesai jer terus mama gunakan utk letak pen dan gunting...suka sangat si kakak tgk hasil kerja dia...diletakkan di atas meja craft mama :-) apepun thanks yea kakak :-)

Ok laa..sampai disini dulu yer..nanti kita berjumpa lagi...

HaPpY CrAfTiNg ^..^


CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION