BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI
BERGURU KEPALA AJAR
IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI
DIALAH PEMBERI PALING SETIA
TIAP AKAR ILMU MILIKNYA
PELITA DAN LAMPU SEGALA
UNTUK MANUSIA SEBELUM JADI DEWASA
DIALAH IBU DIALAH BAPA JUGA SAHABAT
ALUR KESETIAAN MENGALIRKKAN NASIHAT
PEMIMPIN YANG DITAULIAHKAN SEGALA UMAT
SERIBU TAHUN MENJADI HIKMAT
JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
JIKA HARI INI SIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA
SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS-BACA
DI MANA-MANA DIA BERDIRI DI MUKA MURIDNYA
DI SEBUAH SEKOLAH MEWAH DI IBU KOTA
DI BANGUNAN TUA SEKOLAH HULU TERENGGANU
DIA ADALAH GURU MEWAKILI SERIBU BUKU
SEMAKIN TERPENCIL DUDUKNYA DI CERUK DESA
SEMAKIN BERERTI TUGASNYA KEPADA NEGARA
JADILAH APA PUN PADA AKHIR KEHIDUPANMU, GURUKU
BUDI YANG DIAPUNGKAN DIDULANGI ILMU
PANGGILAN KERAMAT "CIKGU" KEKAL TERPAHAT
MENJADI KENANGAN KE AKHIR HAYAT...
USMAN AWANG
1979
Selamat Menyambut Hari Guru buat anak mama yang baru pertama kali mengenali guru....sangat teruja dengan sambutan hari guru pada tahun ini...seminggu di sekolahnya menyiapkan segala benda untuk sambuatan hari guru....Hari ini tibalah masanya...semoga kamu terus berjuang dan mengenali dunia ini dengan sebaiknya serta mencapai cita-citamu untuk menjadi seorang GURU...InsyaAllah
Dikesempatan ini juga mama ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua bekas guru-guru mama dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan juga kepada semua guru di tempat mama berkhidmat sekarang serta bakal-bakal guru di seluruh IPG...semoga kamu semua sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, ceria dan sentiasa diberkati...Amin
Mama melahirkan rasa syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaMu mama menjadi seorang insan yang dapat berbakti kepada agama, keluarga, masyarakat dan juga negara pada hari ini...tanpamu cikgu, mana mungkin kita menjadi manusia sehebat hari ini...TERIMA KASIH CIKGU....Jasamu akan kukenang sehingga ke akhir hayatku...Alhamdulillah sekarang mama pun menjadi sebahagian daripada tulang belakang dan memberi perkhidmatan yang terbaik bagi melahirkan guru-guru generasi baru...
2013...Sambutan agak meriah bagi mama disebabkan anak sulong mama dah ke sekolah...memang sibuk bercerita pasal hari guru sejak hari ahad yang lalu....x lupa juga hadiah yang nak diberi kepada teacher dia...huhu semangat tul dia :-) Alhamdulillah mama pun tidak menghampakan harapan anak mama...puas di pikir apa nak bagi pada teacher dia orang..keje pun banyak...last minute semalam baru dapat idea...tanya babah, babah pun setuju...ok laa kalo mcm tu...:-)
Ok jom kita terjah xtvt mama petang semalam sehingga lewat malam untuk menyiapkan hadiah Hari Guru... Buat guru-guru Auni Saafia @ Tadika Warisan Intelek :-)
Auni Saafia dan Auni Soleha tunggu mama jahit sampai siap...ehehe Thanks yer temankan mama...kakak suka sangat pagi ni dapat bawa hadiah untuk teacher dia :-) Nasiblaa teacher dia tak ramai...kalo tak sampai pagi mama kena jahit...ehehe plan asalnya nak sulam jer kat tuala...biasa laa bila keje dah last minute ni...sulam punya sulam tengok tuala x cukup, ade dua jer..ingat banyak lagi stok yang ade..hehe terpaksa tukar plan last minute :-D akan datang mama prepare awal-awal yer untuk hadiah hari guru kamu :-)
Ok laa rasanya sampai di sini dulu coretan untuk hari ini...sehingga kita bersua kembali...salam sayang dari mama buat kamu....
(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)