Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua...mama harap semua sihat yer...mama nak kongsi info yang mama dapat arini....tapi sebelum tu mama nak share juga kat sini tentang berita baik dari EPAL iaitu tentang pinjaman TEKUN untuk memiliki mesin jahit dari EPAL...
Plan mama nak upload our journey last weekend tapi wire cam mama tertinggal...selalu tukar bag mcm ni laa...bawa bag dia rupanya x der wayar, wayar ade dlm handbag mama...x per kita simpan story tu dulu, arini mama citer pasal berita menarik yang mama dapat semasa berkunjung ke pusat EPAL baru ni...dah share awal2 pagi tadi kat Geng Jahit :-)
Untuk pengetahuan semua, EPAL iaitu ajen tunggal JANOME telah bekerjasama dengan TEKUN NASIONAL bagi membantu usahawan bumiputera meningkatkan lagi taraf hidup mereka...so ini adalah suatu usaha kerajaan untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan taraf hidup di samping memberi peluang kepada kita semua untuk menjana pendapatan...jadi rebutlah peluang yang ada bagi menambah pendapatan isi rumah kita disamping menjamin kehidupan yang lebih selesa dan harmoni :-)
Pakej pertama yang ditawarkan adalah pinjaman RM10,000.00 untuk Pakej HBB iaitu Mesin Janome MC350, pattern sulaman serta kelas pembelajaran selama setahun di pusat EPAL...pakej ini juga termasuk 10 hari kursus intensif...detailsnye seperti di bawah...
- Tempoh Masa Kursus : 10 hari kursus intensif + 12 bulan kursus seni jahitan kreatif.
- Yuran : RM10,000.00 per orang (termasuk 1 mesin jahit dan 10 hari kursus Intensif Bahan).
- Matlamat PHBB Global
- menyokong dan mendorong wanita-wanita di Malaysia melalui
kemahiran seni jahitan kreatif menjana pendapatan walaupun di
rumah.
- Memupuk usahawanis berjaya. - 4 elemen yang menjayakan PHBB Global
- Peralatan (Modal)
- Mesin sulam JANOME MC350e, berkomputer secara automatik.
- Pengetahuan (Pengalaman)
- Pengendalian mesin
- Penggunaan peralatan
- Penjagaan mesin
- Kursus kemahiran jahitan dan kraftangan
- Hak penggunaan nama & logo
- Pihak Epal akan menyediakan label logo untuk kegunaan ahli PHBB
yang boleh dilekat di atas setiap hasil jahitan
- Pasaran (Pelanggan)
- Program iklan melalui Persatuan Seni Jahitan Kreatif
- Produk siap boleh dipasarkan melalui Koperasi Dagang Seni
- Menjual produk siap dan perkhidmatan di website
www.patchesoflove.com - Selepas kursus 10 hari, boleh mula berniaga- Mempelbagaikan hasil jahitan
- Peningkatan daya saing dalam pasaran
- Pendapatan tidak bermusim - 19 projek yang diajar
Projek 1 - Baju Kebaya Nyonya
Projek 2 & 3 - Baju kurung dihias sulaman pada leher & kerawang
Projek 4 - Menjahit corak sulam di atas kain selendang &
menyiapkan sehelai selendang
Projek 5 - Tudung
Projek 6 - Telekung
Projek 7 - Lace coaster
Projek 8 - Sulam tampal corak butterfly & menyiapkan sarung
kusyen
Projek 9 - Tulisan jawi
Projek 10 - Beg cinta bumi
Projek 11 - Kotak pensil dengan kata-kata mutiara
Projek 12 - Skrin pilihan corak, menjahit kata-kata di atas tuala
Projek 13 - Name tag
Projek 14 - Brush-out, menyulam corak brush-out di atas T-shirt
Projek 15 - 3D Organza
Projek 16 - Cenderamata untuk majlis perkahwinan & aktiviti lain
Projek 17 - Kain sulam
Projek 18 & 19 - Fesyen Aksesori
Untuk Pakej kedua..TEKUN menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin MY LOCK 744D dengan pinjaman sebanyak RM5000.00 tanpa faedah...dan apa yang kita akan dapat melalui pakej ini ialah Mesin MY LOCK 744D, Kursus pembelajaran selama setahun di pusat EPAL serta E-WALLET sebanyak RM1800.00 untuk membeli sebarang peralatan jahitan yang hanya dikhaskan untuk kegunaan di pusat EPAL sahaja...menarik kan...kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan pakej ini, segeralah ke pusat EPAL kerana tawaran adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada siapa cepat dia dapat...so, jangan terlambat yer :-)
ok sampai di sini dulu info mama untuk hari ni....sehingga kita bersua lagi...
(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
0 comments:
Post a Comment