Alhamdulillah bersyukur ke hadatNya kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini...segala kenikmatan dunia, limpahan rezeki dan kebahagiaan yang dikecapi adalah dariNya yang maha Esa...syukur, syukur dan sentiasa bersyukur...alhamdulillah ya Allah...

01.01.2013....bermula hari pertama untuk tahun 2013...pasti anda semua mempunyai agenda dan perancangan masing2...sue harap semuanya akan mencapai target dan insyaAllah setiap usaha pasti ada hasilnya..itu janji Allah pada umatnya...Dikesempatan ini sue mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada smua yang mengenali diri ini,keluarga, sanak saudara, rakan2 blogger, pengunjung blog ini dan semua warga MALAYSIA...semoga kita akan terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang tercinta ini...

Hari ni bermula langkah baru anak2 ke sekolah...kat sini dah start sekolah..walaupun ujan, semangat yang tinggi anak2 dan dorongan ibu bapa meneruskan langkah ke sekolah dengan azam dan semangat yang membara untuk belajar...alhamdulillah my older princess pun mula melangkah ke alam persekolahan pada tahun ini :-)

Bagaimana dengan projek anda pada tahun ini...di harap semua ada matlamat dan target untuk dicapai...begitu juga dengan sue...insyaAllah kita akan realisasikan dengan usaha dan kegigihan dalam melaksanakan tugas masing2...semoga 2013 ini akan membuka lebih banyak peluang, idea dan semangat serta sokongan dari pelbagai pihak...untuk terus suksess dan maju ke hadapan...


 (-: SaLaM SaYanG DaRi DSUEFIA COLLECTION untuk anDa SeMua :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION

0 comments: