Salam 1 Malaysia...

Ape khabar semua..lama menyepi kan..FB pun tak online sejak dua menjak ni...emmm bukan ape sebenarnya line kat sini ada masalah dari hari khamis lepas, maklum laa sekarang dah nak start musim tengkujuh kat sini, so bila petang je sentiasa ribut dan kilat...begini laa suasana di Pantai Timur tapi seronok bagi kami sekeluarga..anak jati ganu kang :-)

Ape yang nak dikongsi arini ialah cara menebuk lubang butang...bukan selalu kita guna tapi sesetengah projek atau baju yang kita jahit biasanya memerlukan kita menebuk lubang butang...kalo dulu sue biasa tempah kat kedai berhampiran, tapi sekarang tidak perlu lagi...dengan mesin jahit Janome ni, segalanya menjadi mudah dan menjimatkkan masa :-)

Weekend baru ni kita berkampung di rumah, so banyak laa masa bermanja dengan mesin jahit kesayangan :-) rupanya tersangat banyak kegunaan mesin jahit ni, dan ini adalah salah satu yang sue kongsikan bersama...sangat berbaloi rasanya membeli mesin ini..dalam masa menyiapkan tempahan pelanggan, sempat lagi test buat lubang butang ni...dua tiga kali jugak cuba baru menjadi...lupa sue nak ambil gambar, nanti sue akan masukkan di entry yang akan datang yer :-) 

Jom kita layan video ni sekejap...mungkin bermanfaat untuk anda juga :-)


Hanya beberapa minit saje kita perlukan untuk membuat lubang butang...senang, mudah dan cepat kan :-)

So lepas ni sape2 yang ade mesin jahit Janome ni cepat-cepat try buat yer...kalo menjadi memang happy sangat..sue pun masih meneroka lagi tapak2 yang lain...sambil menerima tempahan yang semakin berduyun-duyun skang ni..apepun alhamdulillah...kita terima dengan harapan semua customer berpuas hati yer :-)

Ok laa..sampai di sini dulu..nanti kita jumpa lagi yer :-)

(-: Happy sewing and crafting :-)





CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam 1 Malaysia...

Ape khabar semua di pagi yang ceria ni...diharap anda semua masih bersemangat dan ceria disamping keluarga dan juga hobi masing-masing...

Alhamdulillah kita dapat bersua lagi yer...ape projek anda hari ini...diharap anda semua suksess dalam menjalankan aktiviti yang diminati...

Ok tanpa membuang masa, hari ni sue akan uploadkan kain baru lagi...Victoria Swiss Cotton...Jom kita layan ekk..mana tahu ade yang berkenan dihati..cepat2 laa order yer...jangan terlepas lagi :-)

Batch 1
 

Batch 2
 

Batch 3
 

Batch 4
 

Batch 5
 

Batch 6
 

Batch 7
 

Batch 8
 

Batch 9
 

Batch 10
 


Kain cotton ini tebal, tidak jarang, tidak mengecut selepas basuh, tidak mudah kedut dan kain cotton ini sesuai untuk dibuat baju kurung, blouse dan sarung bantal

Name : Victoria Swiss Cotton
Selling price : RM17.90 (per meter)
Fabric quality : Cotton
Width of fabric : 45"
Washing instructions : Washable
 Buy 4 meters @ RM65.00

Kepada sesiapa yang berminat, boleh email atau sms sue yer....boleh juga pm sue melalui FB...lagi jimat yea :-) 

Sehingga kita berjumpa lagi...
Jom sambung balik kerja-kerja kita yer :-)

<-: H@PPy SeWiNG and CR@FTiNG :->


CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam dan selamat petang semua :-)

Buat ape petang macam ni..masih lagi dengan aktiviti menjahit ker...hari ni sue belum sentuh jarum lagi..asyik bz memanjang, so petang ni nak berehat kejap sambil berkongsi xtvt last weekend...seronok juga sesekali menghadiri majlis kawin secara konvoi ni :-)

Destinasi pertama yang kami pergi ialah rumah kawan adik..rapat sangat ngan adik termasuk ahli keluarga kami sendiri, so nak tak nak terpaksalah menghadiri majlis beliau bagi memeriahkan lagi suasana :-)

Sampai jer umah dia kebetulan pengantin baru sudah bersiap, so kami terus mengambil kesempatan untuk merakam memori kenangan bersama pengantin...dapat laa snap dua tiga keping gambar bersama :-)

Ini dia gambar pengantin..pasangannya belum tiba disebabkan kami datang awal sebelum pihak lelaki sampai...cantik dan berseri kan...kami ucapkan tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu yer sis @iNi :-)

With my youngest sister...her best-friend :-)

 Posing-posing...

 another pose...:-)

 and me with my shayam..not excuse yea :-D

also my niece...

My mum and my older sister are not interested to join me,so there have no pic here.. orang ramai pun mula berpusu-pusu masuk untuk berjumpa pengantin...so kami kena minta diri dulu laa untuk memberi peluang kepada tetamu yang hadir...

Balik umah solat zohor dan kami konvoi pulak ke rumah pengantin kedua...bertempat di Padang Air...jalan untuk sampai ke rumah pengantin agak mencabar kerana hanya satu laluan kereta saje...akhirnya kami sampai juga mengikut peta pelan wedding card + tanya org di tepi jalan kat ctu..:-D

Kami pun sempat bergambar dengan pengantin sebagai kenangan...majlis sudah selesai dan pengantin lelaki masuk solat, jd kami bergambar dengan pengantin perempuan saja laa :-)

 Their wedding place...

 Ini dia pengantinnya..Selamat Pengantin Baru...semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa...kalo ade pasangannya kan lagi cantik gambar ni..

Kami juga sempat merakam kenangan bersama pengantin...ramai anak buah join tu..ehehe



dan sebelum balik..sempat posing di pintu gerbang pengantin...ehehe

Begitu laa aksi kami kalo dah berkumpul ramai2..macam-macam karenah..ehehe...dan kami menuju ke satu destinasi lagi iaitu Jemputan Aidilfitri di rumah ayah sepupu di Padang Nenas...aduii memang tak tahu mane nak isi dah ni..perut dah tersangat kenyang...x pe laa pergi untuk merai jemputan...(adik ckp) so ikt je laa :-)

X de snap gambar ape dah..petang tu plak ujan, lagipun badan dah penat, pk kakak ngan babah lagi kat umah tok abah, dia orang tak ikut...kakak bgn lambat dan babah plak penat br balik outstation...so dia orang rehat kat umah je laa...

This weekend very happening...lama dah tak jumpa dan jalan konvoi ramai2..kalo babah ngan kakak join lagi seronok...apepun semoga kita dapat berkumpul ramai2 lagi..tu pun belum cukup korum...kalo x tiga buah kete x muat..ehehe

ok laa..sue minta diri dulu...kejap lagi nak balik dah..malam x leh nak online buat masa ni..terpaksa menyiapkan tempahan pelanggan...so harap faham laa yer...

sehingga berjumpa lagi...

wassalam... :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam semua...
Diharap anda semua berada dalam suasana ceria dan gembira disamping keluarga yer :-)

Hari ni sue uploadkan Blause Labuh edisi Dsuefia Collection...
Kepada sesiapa yang ingin menempah adalah sangat dialu-alukan dan gambar  yang diuploadkan ini adalah ready-made by DC..siapa cepat dia dapat yer :-)






Harga untuk promosi pengenalan ini adalah RM40.00 + Free Postage...
Material Cotton lembut...mmg sedap dipakai kerana kain tidak panas...
Warna hitam + oren...
Saiz L @ 44..

Don't miss out..
Grab this now!!!

See u again yea...
Wassalam
 
(-: H@PPy SeWiNG & CR@FTiNG :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam Syawal dan Salam Satu Malaysia...

Masih dalam bulan Syawal lagi kan...dah abis puasa enam ker? Kite lum abis lagi dan arini alhamdulillah masih lagi berpuasa :-)

Emmm entry arini bukan jahitan atau kraf yer..ni pasal gadget lagi...mmm gila blender ker DC skang..ehehe ni pasal selalu duk tgk kat ebay laa...apepun just nak share gadget yang menarik jer...juga menjadi idaman sebenarnya...confius dah nak amik mane satu..entry yang sebelum ni BoLeH LiH@T Di SiNi :-) pun menarik jugak..DC kena pk betul2 sebelum membeli...dan kaji dulu mane lebih baik yer...(ingatan untuk diriku)...

Ok laa tanpa membuang masa jom kita lihat mini blender yang cute ni :-)

Details of the Deal

Staying fit and healthy depends on a cohesive dietary plan and exercise regime.
With today’s DEAL keep one end of the bargain (if not both) with the Shake N’ Take Mini Blender at only RM58!

This easy-breezy blender makes delicious and healthy treats – smoothies, protein shakes and more.
 

Highlights

  • 69% OFF Shake N' Take Mini Blender @ Squarefeet Enterprise
  • Only RM58 instead of RM188
  • DEAL includes:
    • 1x travel bottle
    • 1x blender base
    • 1x user manual
  • Specifications:
    • Motor Base
      • Wattage: 180w
      • On/off power switch with safety interlock
      • Weight: 684g
      • Dimension: 5.5" (tall) x 4" (diameter)
    • Travel Bottle
      • Weight: 4.3oz (123g)
      • Dimension: 9" (tall) x 2.5" (diameter)
      • Maximum container volume: 16oz
  • Features:
    • Multi-functional mini blender
    • Instantly blend smoothies and protein shakes
    • Blend and drink from the same bottle
    • Blend ice with ease
    • Convenient flip top straw
    • Quick breakfast solution
    • Doubles as takeaway cup
    • Secure sports bottle flip top
    • Cordless with dishwasher safe blending compartment
    • Boost daily fruit and vegetable intake with personalised, healthy concoctions
  • 1-year warranty for motor
  • FREE delivery within Peninsular Malaysia

More cheaper than before kan..also look nice and easy to use...anyone can suggest me which one is the good choice to me... :-)

See in the next entry yea :-)

Jom kita sambung kerja balik...

P/s : Barang lum kemas...arini nak balik kampung lagi... @--@  :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam 16 Syawal :-)

Masih dalam suasana hari raya kan...iye laa kita raya sebulan kan...kat cni pun hari ni baru buat Sambutan Hari Raya :-) Seronok berhari raya dengan juadah yang pelbagai..lebih-lebih lagi beraya di Besut ni..makanan dia memang tiada tandingan...boleh kata semuanya menjadi...so kena tahan perut laa...baru je plan nak menurunkan berat, kalo mcm ni bukan turun tapi makin naik laa nampaknye...ehehehe

DC tidak melepaskan peluang merasa juadah enak Nasi Dagang Besut...fuhh memang best...rugi siapa yang terlepas untuk mkn tadi...emmm berbicara pasal raya plak ni sampai lupa tujuan asalnya adalah mengenai fabrik...tak pe laa disebabkan entry ni di bulan Syawal..maka tak terlepas laa dengan jemputan Rumah Terbuka dan Jamuan Raya :-)

Ok laa tanpa membuang masa DC ingin mengumumkan berita gembira kepada semua customer DC dan juga rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini...mulai hari anda boleh mendapatkan fabrik-fabrik pilihan anda daripada kami secara online dan offline...InsyaAllah DC akan sentiasa update blog ini dari semasa ke semasa...diharap anda semua akan berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk dari kami :-)

Sehubungan dengan itu juga pihak kami menawarkan pakej untuk tempahan jahitan...anda boleh memilih fabrik-fabrik dari blog ini dan sekaligus membuat tempahan jahitan dan DC akan menawarkan harga istimewa untuk pelanggan-pelanggan yang menempah melalui blog ini... :-)

Nantikan info dan entry-entry terbaru dari kami untuk anda semua :-)

Di sini DC uploadkan Printed Japanese Organic Cotton

Batch 1
 

 Batch 2
 

Batch 3


Batch 4




Batch 5



 
Kain ini nipis, tidak jarang, tidak mengecut selepas basuh, sangat selesa dan sejuk dipakai , sesuai untuk dibuat baju kurung dan blouse

Name :Printed Japanese Organic Cotton
Selling price : RM15.90 (per meter)
Fabric quality : 100% Cotton
Width of fabric : 45"
Washing instructions : HandWash
Buy 4 meter @ RM60.00

Kepada sesiapa yang berminat boleh email @ sms DC yea :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION