Boucle
- sesuai untuk upholsteri seperti kusyen, kerusi dan sofa.
Calico
- sejenis kain kapas bewarna putih dan agak tebal atau lebih dikenali kain belacu.
Canvas
- fabrik yang agak kuat dan kalis air. Ia sering digunakan untuk layar kapal dan tenda.
Damask
- sejenis kain sutera atau linen yang berbunga-bunga dan biasanya dibuat langsir atau alas meja.
Felt
- sejenis kain tebal yang dibuat daripada bulu biri-biri dan sebagainya dan tidak mudah berbulu apabila digunting.
Gauze
- sejenis kain yang halus dan jarang atau dikenali sebagai kain kasa.
Jacquard
- sejenis kain yang mempunyai corak tenunan yang rumit dan berseni.
Lace
- sejenis kain berenda.
Linen
- sejenis kain yang dibuat daripada serat pokok flaks.
Poplin
- sejenis kain tenun tanpa corak dan agak berkilat.
Percale
- sangat halus dan merupakan kain kapas yang berkualiti tinggi.
Twill
- sejenis kain kapas yang mempunyai garis-garis mmelintang.
Wool
-sejenis kain daripada bulu binatang.
Kenali jenis kain dan kualiti sebelum anda membeli. Jadilah pembeli yang bijak kerana keputusan di tangan anda... :-)
DSUEFIA
0 comments:
Post a Comment