Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi...rezeki sempena menyambut GST...ramai yang duk bising pasal GST kan...yg duk bising2 tu..anda faham 100% ker pasal GST ni..kalo masih blur2 lg, elok jgn sesekali mengeruhkan keadaan...baik msk library study dulu pasal GST ni okey ;-)


Banyak suara2 yang menyatakan barang naik berkali ganda, kena bayar GST lg, minyak naik dan macam-macamlah yang didengar dibibir telinga...kami ni bukan anti sangat tapi selagi x kena..NO KOMEN ok...
Alhamdulillah setakat ni harga barangan di cni masih lagi terkawal, dan semua barangan yang dikenakan GST adalah dimaklumkan atau dengan kata lain jelas tertera di bil, bukan main hentam jer mcm khabar2 angin sebelum ni..kita sebagai pengguna, mesti tahu hak kita dan yang penting "PEKA" dengan harga setiap barangan terutama barangan keperluan yang kita gunakan...sekiranya ade kemusyikilan, ade tempat yang boleh dituju, bukan melenting tak tentu pasal okey !!

ok stop citer pasal GST...nak citer pasal rezeki yang tak diduga...ikutkan planning kami, dah nak bersara beli mesin...huhu maklum laa studio dah sarat...x de tempat dah nak letak mesin...tetiba dpt msg org nak jual mesin..ditawarkan dengan harga yang menarik juga...apalagi..bincang punya bincang, ok kami decide amik laa..buat aset...lagipun belum ade lagi model mesin ni...terus set harga n terus booking dengan tuannya...alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar :-)

Sebelum sambung citer..jom kita tengok mesin dulu ;-)


Ini dia mesin yang dibualkan itu...masih mengancamkan :-D ni wajah setelah diserbis...wajah asal dalam phone boss...lupa nak amik..kalo rajin nanti masuk dalam entry lain yep...
Alhamdulillah rancangan nak memiliki mesin jahit dan kelim sekaligus tercapai jua akhirnya...lepas ni senang laa...x yah duduk bgn...kejap kelim, kejap jahit..terutama kain lycra..kalo bj kurung biasa kelim siap baru jahit, untuk lycra lain ckit cara jahitannya...so lepas ni x de masalah, senang dan cepat...jahit dan kelim dalam satu masa :-)

Allah Maha Mendengar setiap permintaan hambanya...mmg planning sj suatu hari nk mesin yang jahit dan kelim sekaligus, alhamdulillah dlm masa yang singkat Allah s.w.t makbulkan doa hambanya...mmg x de dlm list mesin ni..cuma planning awal saje...maklum laa bulan January baru ni baru amik mesin kelim halus Gemsy...kami pun dah lupa dah buat entry lum pasal mesin tu...rasanya mcm belum lagi :-)



Tuan asalnya setting mesin ni untuk 3 benang sahaja....dan memang digunakan untuk tujuan kelim biasa...tapi mesin ni sebenarnya adalah untuk 4 benang dan boleh berfungsi jahit dan kelim sekaligus....so kami apelagi...memang hajat dr awal, kalo jd amik mesin ni nak buat 4 benang dan guna untuk jahit lycra...bermula laa research kami mengenai mesin ni...banyak rujukan yang kami dapat adalah daripada internet, google n youtube...alhamdulillah akhirnya kami berjaya jadikan 4 benang dan dapat setting dengan baik sekali...cantik dan kemas jahitannya :-)

Sekali lagi tanpa kami duga...dapat projek baru sekaligus merasmikan mesin "baru" ini ke studio kami...alhamdulillah dengan kurniaan rezekiMu Ya Allah..kami sangat2 bersyukur...sujud syukur kepada Yang Maha Esa...

Rasanya setakat ini dulu perkongsian kita arini...ade yang minta tunjukkan cara kami setting mesin ni daripada 3 benang kepada 4 benang, kerana ramai pengguna YAMATA 747 ini menggunakan 3 benang, sedangkan kita boleh buat 4 benang...insyaALLAH kami akan share caranya di entry akan datang...sudi2kan jenguk blog ni yer :-)

Sehingga berjumpa lagi...Jomm rempit rayaaaa...raya x lama dah...jangan x tdo mlm nanti...huhu :-)

P/s : Baju anak-anak kena siapkan dulu...jangan pagi raya duk merempit lagi...serikkkkk :-D

Sharing with L.O.V.E ;-)








(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita dapat bersua lagi...

Hari ni diberi kesempatan jenguk blog sekejap, jadi kami nak war-warkan mengenai tempahan sulaman untuk aidilfitri...harga yang sangat berpatutan dan sangat berbaloi...jangan lepaskan peluang ini yer... :-)

Untuk sehingga hari ini...kami masih lagi menerima tempahan untuk sulaman aidilfitri 2015...jangan belengah-lengah lagi kerana kami akan MENUTUP tempahan pada bila-bila masa sahaja setelah memenuhi kouta yang kami tetapkan...so kalo yang terlambat tu, jangan salah kami pula yer kerana tidak menerima tempahan anda..kerana kami dah war-warkan di FB, PAGES dan kali ni di BLOG pula ;-)



Untuk melihat design-design daripada kami, sila ke Pages dan cari album Design Sulaman....kat ctu banyak design yang telah kami paparkan dan semua design itu boleh ditempah dengan kami....sekiranya ade design baru, kami akan updatekan di ctu dan anda boleh memilih design yang anda sukai...

Tempoh sulaman bergantung kepada tempahan...anda digalakkan menempah lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan...untuk makluman semua, URGENT ORDER untuk waktu ini kami tidak terima sama sekali untuk memberi keadilan kepada semua pelanggan...kami mengutamakan 1st come 1st serve...so , kami berharap sangat semua pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan :-)

Disini kami tunjukkan sedikit sulaman yang pernah kami buat untuk para pelanggan kami... :-)

Sulaman pada baju...baju kurung, kurung moden, jubah dll..









Sulaman telekung.....



Sulaman pada tie....



Sulaman tuala.....




Sulaman pada kain felt...





Sekiranya berminat, jangan malu dan segan...just pm @ whatsapp kami di talian 017-9383664 (sue) / 018-9096591 (dee).
Anda boleh bertanya ape sahaja berkaitan dengan sulaman, harga boleh dirunding dengan kami dan untuk tempahan pukal juga kami terima :-)

Sehingga berjumpa lagi...







(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah bersua kembali..bila dah jumpa, kerap pulak bersua kan :-) arini just nak share COLLECTION 32 daripada JANOME...agak menarik dengan Collection ini di mana ianya terdiri daripada pelbagai corak tag dan hiasan yang agak menarik :-)

Rasanya smua tak sabar nak tengok Collection ini kan...kami belum masukkan ke dalam PAGEs lagi..insyaALLAH dalam masa terdekat ini kami akan memuatnaik ke dalam PAGEs pula yea...
Tanpa membuang masa, jom kita lihat design menarik daripada Collection 32 ini....seperti biasa sekiranya ada yang berminat, leh pm kami okey ;-)







Haaa menarik kan.....ade yang dah rambang mata tu...kikikiki
Sesiapa yang ade mesin tu leh cepat2 beli design ni yer...kalo yang x de mesin boleh menempah daripada kami...tiada had untuk tempahan ok :-)

Tak sabar rasanya nak tengok hasil sulaman daripada design2 ni...kami belum sempat mencuba lagi...design baru jer dapat..masih panas-panas lagi ni...hehe...nanti bila dah start menyulam nanti siap laa...pasni leh try buat untuk pencil case kakak dan adik...mesti dia orang suka :-)

Ok laa..rasanya hanya di sini perkongsian kita hari ini...sehingga berjumpa lagi....minta maaf yer PAGEs kami agak sunyi sejak kebelakangan ini...x sempat nak update activity semasa disebabkan ade sedikit masalah teknikal...insyaALLAH esok balik kampung sekiranya ade masa terluang kami akan meriahkan PAGEs kami pula dengan tempahan-tempahan daripada pelanggan tersayang :-)

Sehingga kita berjumpa lagi...dari kami untuk anda semua yang setia dengan blog ini...jutaan terima kasih kami ucapkan...semoga anda smua ceria-ceria selalu :-)




(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

Assalamualaikum w.b.t
Lama dah tak jenguk blog kan....minta maaf smua yer...kami betul2 FULL ON DUTY sejak kebelakangan ini dengan tempahan-tempahan dari pelanggan...alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang telah kami rancangkan :-)

Arini just nak share Label tempahan daripada pelanggan-pelanggan tersayang :-) Jom cuci mata setelah lama menyelam....hehe

Tempahan yang warna-warni...very colourful...bersemangat kami membuatnya kerana sebelum ni hanya melibatkan dua-tiga warna..yang ni mempunyai kelainan sedikit kerana atas permintaan dari pelanggan meminta kami untuk membuat label warna-warni ini...








Ini pula tempahan yang eksklusif daripada seorang pelanggan kami...bercadang mengembangkan lagi business dalam dunia jahitan dan kraftangan dan meminta kami memberikan pandangan dan nasihat...insyaALLAH kami akan membantu dengan sedikit perkongsian dari pengalaman yang telah kami lalui, semoga anda semua di luar sana yang ingin bertanya tentang ape sahaja yang berkaitan, jgn segan pm kami di FB @ whatsapp...insyaALLAH kami akan sedia membantu anda semua :-)

Jom kita tengok hasil tempahan daripada mereka...







Tempahan ini pula adalah dari pelanggan kami tersayang...buat repeat order....alhamdulillah sambuatn untuk label ini amat memberangsangkan dan memang diluar jangkaan kami...dan alhamdulillah semua pelanggan kami memberikan feedback yang positif dan amat berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan :-)

Tanpa membunag masa, jom kita lihat label seterusnya :-)






Itu sahaja untuk perkongsian hari ini...sekiranya ada yang berminat untuk personalized produk mereka, ayuh cepat tempah label anda sekarang, insyaALLAH perniagaan anda akan melangkah setapak lagi dan jadikan produk kita setanding dengan produk-produk yang ade di pasaran :-)

Untuk sebarang pertanyaan dan perbincangan, khidmat nasihat, pandangan atau ape sahaja kemusyikilan, terus pm @ whatsapp kami di FB @ PAGE's @ talian kami 017-9383664. InsyaALLAH kami akan memberikan hanya yang terbaik untuk anda :-)

Sehingga kita berjumpa di lain siaran, salam sayang dari kami untuk anda semua....dan buat renungan kita bersama, semoga mendapat manfaat kepada diri kami sendiri dan juga semua yang membaca blog ini :-)







(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)