Salam warga Malaysia...diharap sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya :-)

Bersua lagi kita di blog ini ye..arini masa terluang sikit dan DC gunakan sepenuhnya untuk bercerita tentang xtvt minggu lepas semasa berada di kampung halaman...Mr hubby kena outstation so kite balik umah mak laa...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan banyak perkara dapat dilakukan semasa berada di kampung..sempatlaa mencuci mata kat gedung-gedung kain di sekitar Kuala Terengganu..ehehe itu yang bestnyee..si kecik dua orang tu lagi laa seronok dikelilingi saudara sepupu mereka yang sebaya dengannya :-)


Ok tanpa membuang masa, DC akan berkongsi satu xtvt yang dibuat bersama kanak-kanak riang baru-baru ni...ini laa kad untuk Hari Ibu dan Hari Bapa..walaupun hari ibu dah lepas..bila ajar buat kad hari bapa..nak juga buatkan kad untuk hari ibu...layan je laa yer budak-budak katakan :-)

Apepun memang seronok bila buat xtvt bersama-sama dan macam-macam idea yang kita dapat..walaupun dikategorikan kana-kanak..namun ideanya boleh dipakai juga..budak-budak sekarang memang kreatif..

Setiap orang nak buat lebih dari satu kad..emm layan je laa..asalkan mereka semua berpuas hati..dalam masa menyiapkan kad-kad ni..si kecik dua beradik ni punyalaa enjoy dia mengacau orang..teruja tengok alat-alat yang digunakan..maklum laa dah lama geram nak pegang..tiba ari mama bg anak buah guna..apalagi ambil kesempatan laa dia :-) si adik suka main puncher manakala si kakak suka main gunting..apapun seronok melayan karenah dia orang... :-)

Minta maaf semua sebab gambar-gambar tidak berjaya di upload arini..DC memang dh siap edit ape semua namun line kat sini kurang memuaskan...upload tapi tak masuk...ni laa yang buat DC malas nk update blog..bila tiba kerajinan ade saje masalah lain yang melanda...

Walau sudah dicuba banyak kali pun tak berjaya juga...InsyaAllah DC akan uploadkan melalui FB petang nanti..itupun kalo sempatlaa..

DC berhenti di sini dahulu yer...sehingga kita berjumpa lagi :-)

P/S --->> T A Ammar, sila siapkan kad awak yer..next week DC nak tengok ^..^

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
 Salam semua..

Selamat berhujung minggu kepada kawan2 di sebelah Barat..kite ni di sebelah Timur dah kena msk opis..anak-anak pun dah start sekolah arini...mesti malas nk g sekolah ni...maklum laa cuti panjang katakan :-)

Apepun masa untuk berehat sudah tamat yer adik-adik dan anak-anak sekalian..kamu semua harus kembali menuntut ilmu sehingga jayanya..ingat MENUNTUT ILMU SEHINGGA KE LIANG LAHAD..means belajar adalah suatu ibadat yang harus diteruskan sehingga akhir hayat..bukan di sekolah saja yer :-) 

Oklah tanpa membuang masa DC nak berkongsi ape yang DC pelajari pada hujung minggu lepas...Kelas pembelajaran yang tidak formal yang ditawarkan oleh jiran kat kampung hubby...x kisah laa formal ker tak, bila minat nak belajar tu tinggi, apepun jadi :-)

Jom kita tengok dulu ape bahan-bahannye..ehehe macam nak belajar masak plak :-D


Tak banyak pun bahan-bahannye..kita hanya perlukan dawai, crystal dan manik..itu sahaja...then kita boleh mulakan kerja untuk membuat pokok crystal ni..senang kan..cuma perlu sedikit kesabaran dan ketelitian mengayam untuk membentuk bunga dan ranting-rantingnya...DC belajar buat bunga tapi untuk projek pertama ni DC tak masukkan sekali bunga, just buat ranting dan dicantum menjadi pokok crystal saje :-)


Ini adalah prosesnya..buat tangkai-tangkkai macam kat atas tu...then akhir sekali nanti baru kita akan cantum-cantumkan die...nampak macam senang tapi pedih jugak jari dibuatnya...apepun DC rasa memang seronok dan suka sangat dapat belajar buat pokok crystal nie...nanti kawan-kawan boleh laa mencuba yer :-)


Haa dah siap semua ranting-ranting tu..tiba laa masanya untuk mencantumkan ranting-ranting tu menjadi pokok...emmm jangan kata senang kerana ianya mempunyai teknik yang tersendiri menjadikan pokok tu tinggi, rendang dan sebagainya...


Tengok si kecik ni pun tidak ketinggalan untuk membuatnya :-) Auni Saafia ni memang minat dengan kerja-kerja kraftangan ni, tak kira felting, quilling dan seangkatan dengannya..ehehe

Sambil menyiapkan pokok ni sambil tu laa melayan kerenah si kecil ni...nak buat macam mane si ibu teruja sangat nak belajar :-) 


Taraaa...akhirnya siap juga dua pokok crystal :-) satu tu DC punya dan satu lagi Cek Nor punya (adik hubby)...masa belajar tu sekali ngan dia...cantik tak :-D

Lepas ni boleh laa cuba buat lagi untuk tingkatkan kemahiran tangan dan cara mmenganyam...seronok dan teruja sangat dapat mempelajari sesuatu yang baru di samping dapat menambah ilmu dari cikgu-cikgu yang berbilang dan mempunyai banyak pengalaman...

Terima Kasih tak terhingga kepada guru yang mengajar (Mok Yah) dan juga adik-adik yang banyak memberi sokongan dan tolong jaga my princess for that weekend..ehehe nanti DC belanja minum Tea ping yer..ahaha..


Nie pokok crystal yang dah siap dengan pasunya..DC snap projek yang telah disiapkkan oleh anak murid sebelum ni...dia menggunakan batu crystal biru..cantik juga kan :-)

Oklah sampai kita jumpa lagi...
Selamat berhujung minggu semua yea :-)

(-: HaPPy CraFtInG :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam semua...

Hari ni entry saje-saje..nak post entry pasal Quilling tadi tp x dpt upload pic...try upload pic ni msk pula..heran betul laa..masalah pic ker, masalah server ker atau masalah ape..DS pun tak tahu..kena tanya pakar laa lepas ni...


Nak citer ape ekk..emm alang-alang pic ni dah msk..kite citer pasal pic kat atas tu laa ekk..teringat kata2 kakak malam tadi..SETIAP GAMBAR ADE CERITA..ehehe ayat Yuna dalam iklan NIKON :-D...pandai sungguh dia skang..suka ikut cakap orang..al-maklum laa baru nak fasih berbahasa katakan...

Ok laa..gambar kat atas tu di edit untuk FB Cover..kalo buka FB DC nampak laa sebijik mcm kat atas tu...DC edit menggunakan software Picture Collage Maker..kalo nak try software ni leh download HERE.
1st trying given only 15 days...so gunakan semaksimum yang boleh yer...ehehe

Sampai di sini dulu..nanti kita jumpa lagi yer... :-)

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION

 Pokok Habatus Sauda
 

Disini diceritakan khasiat, kebaikan dan kelebihan habbatus sauda atau jintan hitam..

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa.


Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.



"Jadikan sebagai sebahagian makanan harian anda dengan mengambil 
Habbatus Sauda"

InsyaAllah stok sentiasa ada...
Untuk kepastian hubungi saya di :
017-9383664 (SMS - 24 hour) @ (Call - After office hour)
Email : suefia788@yahoo.com
FB : www.facebook.com/DsuefiaDfiasueha


CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam satu Malaysia...

Apa khabar semua...DC harap anda semua sihat di samping aktiviti masing-masing yea :-)
Lama betul tak update blog ni...ye laa selepas line buat masalah aritu, tak rasa langsung nak buka blog..arini baru tergerak hati nk update...kalo x hanya sekadar menjengah sahaja...

ok ape citer kite arini ye...emm rasanya DC nak kongsi sesuatu yang boleh menjadi manfaat buat semua yea...ape dia tu...haa jom kita lihat picnye dulu :-)


Haa mesti ade yang dah tgk kat FBDC kan..tapi ape pun nak citer laa ckit pasal benda alah ni...ini sebenarnya bekas letak pen, pensel dan ape-ape laa yang bersesuaian..tgk DC buat satu utk bekas pen dan satu lagi untuk bekas gunting...kalo nak tahu ini adalah ilham dari rakan blogger jugak..kawan-kawan nk tgk leh Klik Sini yea..

Untuk pengetahuan semua..DC gunakan tin susu...basuh bersih2, keringkan pastu leh laa decorate ikut citarasa masing2...pembalut itam tu DC gunakan kain felt..so ikut kesukaan masing-masing laa untuk jadikan bekas ini mengikut warna kegemaran anda ya :-)

Hiasan riben di bawah tu menggunakan riben yang telah sedia ade..satin riben from Japan...dan satu lagi nak dikongsi bersama ialah batu2 yang menghiasi bekas ini...itu adalah dari hasil tangan si kakak :-) haa dia dah pandai skang..mama msk bilik jer terus ikut..sibuk laa bertanya mama nak buat apa..hehe rasa nak gelak juga ngan kerenah dia..itu x si adik lagi..aduiii...

Jadi kerana kerajinan yang amat tinggi..mama bg kakak jer laa yang decorate bekas tu..apelagi..haaa suka sgt laa dier..itu batu2 yang kakak beli dr mak long dia...ade 3 pack batu berlainan warna...

Selesai jer terus mama gunakan utk letak pen dan gunting...suka sangat si kakak tgk hasil kerja dia...diletakkan di atas meja craft mama :-) apepun thanks yea kakak :-)

Ok laa..sampai disini dulu yer..nanti kita berjumpa lagi...

HaPpY CrAfTiNg ^..^


CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
 Hari ini tamatlah GA yang di buat oleh Ayeesha Ramli...sekejap saja masa berlalu kan...dan masa yang ditunggu-tunggu adalah siapakah yang bertuah mendapat hadiah dari sponsor-sponsor mereka termasuk hadiah daripada DSUEFIA COLLECTION...

Kepada pemenang bertuah..syabas dan tahniah diucapkan..saya belum menerima nama pemenang lagi buat masa ini....mungkin mengambil masa untuk memilih dan mengumumkan pemenang GA tersebut...

Ramai juga yang menjadi sponsor untuk GA kali ini dan DC adalah pertama kali menjadi sponsor setelah sekian lama berblogging...insyaAllah DC akan membuat GA sendiri suatu hari nanti dan kepada semua follower blog DC, harap anda semua sentiasa berkunjung ke sini untuk mendapatkan info-info terkini dan juga berkongsi pengalaman dengan kami...

Sehingga berjumpa lagi...
Layan hadiah GA dari DC... :-) 







 CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION
Salam Satu Malaysia...
Harap anda semua sihat dan ceria bersama keluarga :-)

Begitu cepat rasanya masa mengejar kita...sekejap saje dah nak masuk Mei...projek April baru nak upload rupanya nak masuk bulan baru...apepun kite perlu menggunakan masa itu dengan cara yang terbaik...hope u all will enjoyed for all works doing...

Arini hanya nak share request dari customer...request untuk jahitan dan kraf berjalan seiring membuatkan kita x cukup tangan menyiapkannya...sampai dua pasang jubah yang dijahit sebelum ni pun x sempat nak snap...nanti kita mintak pic  ngan tuan dia untuk dikongsi bersama yea...

Request from student...







Alhamdulillah berjaya upload semua request untuk group ini..nanti saya cuba uploadkan request dari group-group yang lain pulak... :-)

Jom kita sambung keje semula...We have more works to be done...quickly before my lovely princess wake up :-D

CORETAN BY DSUEFIA COLLECTION