AUNI SOLEHA
Lamanya tak berblogging...kekok rasanya pabila ingin mengaktifkan diri semula setelah sekian lama berehat..namun pabila dah start balik...mmm mcm tak nak jauh jer dari pc ni...itulah bila dah minat sesuatu..pasti akan senang dan seronok melayannya :-)
Ok ape citer kita kali ni...setelah lama berehat dan bercuti panjang...seronok laa tu katakan :-D Tu laa puteri keduaku...AUNI SOLEHA :-) haa jom kita kongsi sesuatu yang agak menarik juga tapi hanya dikhaskan untuk ibu-ibu sahaja...yang lain jangan marah ye..tapi bagi para suami elok juga mengetahui sekiranya seseorang itu sangat caring pada si isteri tercinta :-)
Jangan laa serius sangat :-) dan jangan buang masa lagi..ape yang saya ingin kongsikan bersama ialah mengenai satu rahsia iaitu Rahsia Kacip...ape ke benda ni...jangan risau saya akan terangkan pada anda apakah dia Rahsia Kacip ni..
Jom kita lihat dulu gerangan produk ini...kata orang, tak kenal maka tak cinta..just untuk dikongsi bersama setelah merasai kehebatannya yang tersendiri :-)
LABEL PRODUK
BOTOL SERTA KANDUNGAN UBAT (TABLET)
DIMAKAN BERSAMA SARAPAN PAGI DAN MAKAN MALAM
Itulah antara gambar-gambar yang dapat saya upload dalam ni..adakah anda pernah melihat produk ini..produk ini dikeluarkan oleh rakyat tempatan Terengganu namun telah dikomersialkan sekarang dan dipasarkan ke seluruh negeri...
Alhamdulillah saya telah menemui produk ini dua minggu sebelum saya melahirkan anak kedua saya apabila berjumpa dengan seorang bidan kampung di kampung suami saya iaitu Marang, Terengganu...dia yang memperkenalkan saya produk ini dan saya tanpa rasa ragu telah mencubanya setelah melahirkan anak pada Febuari lepas.
Dipendekkan cerita..hari kedua selepas melahirkan, saya terus menggunakan produk tersebut tanpa rasa apa-apa kesan..maklumlah badan kita masih lemah dan masuk hari ketiga, saya mula rasa bertenaga dan sakit bersalin beransur hilang..saya meneruskan makan pil tersebut dan pada hari kelima..apabila jururawat datang ke rumah, dia memeriksa peranakan saya..terkejut dia melihat saiznya yang sudah kecil..katanya begitu cepat sekali..kebiasaanya masih besar lagi katanya mengikut waktu itu.
Saya sangat bersyukur kerana dapat sembuh dengan cepat dari waktu sebenarnya..saya yakin produk ini telah banyak membantu kerana saya kerana saya hanya menggunakan produk ini sahaja selepas bersalin.
Kini saya ingin mengesyorkan kepada ibu-ibu yang akan melahirkan anak bolehlah mencuba produk ini..InsyaAllah akan cepat sembuh dengan izin Allah s.w.t. Rahsia Kacip ini juga boleh menghilangkan sakit-sakit badan, sakit urat dan sebagainya dan kandungannya adalah manjakani yang sgt baik untuk kesihatan kita semua.
Oklah setelah panjang lebar bercerita..seronok dapat bersua kembali dengan rakan-rakan blog...semoga kita dapat berkongsi cerita-cerita yang lebih menarik di masa akan datang...sehingga berjumpa lagi...
Wassalam