Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali...

Ok arini just nak share citer pasal business card :-)

Setiap perniagaan mesti kena ade business card kan...senang ckit nak perkenalkan business kita...tp x smua..ade juga sesetengah business yang dah lama bertapak, org dah kenal dan tak perlu business card lagi...just bgtau nama org dah kenal dan tahu :-)

Untuk kami yang baru nak merangkak ni...perlu laa mencari sesuatu untuk memperkenalkan business kami kepada orang ramai..maklum laa kami lebih banyak bergerak secara online, jadi bila kuar ckit dari kepompong, nak laa bg business card kepada kenalan baru dan customer baru, bagi dia orang lebih mengenali sekaligus mengetahui business yang sedang kami jalankan :-)


Ini dia business card kami...ok tak???
huhu ok ker tak ker..mmg kami dah tempah ;-) so kena terima saja laa..yang penting kami suka...takkan nak tanya semua org kan..ikut citarasa kita laa...ahaks :-)

Kami memilih design cetakan depan dan belakang...
Untuk muka depan, segala details kami tertera di ctu manakala bahagian belakangnya pula mengenai servis yang kami sediakan...
Bahagian hadapan yang paling penting ialah NAMA, NO TELEFON dan NO DAFTAR NIAGA...
yang lain2 tu kita add laa mana yang kita rasa perlu dan penting juga :-)
Bahagian belakang pula kami khaskan untuk senarai servis sahaja....so, segala servis yang kami sediakan terteka di situ...
ALAMAT?????
Hmm alamat x der kan...knp??? 
Untuk pengetahuan semua, kami banyak menjalankan business secara online, so alamat kami bukan satu kepentingan kerana pelanggan x perlu datang ke tempat kami, memadai dalam talian sahaja...dan kebanyakannya kami yang memerlukan alamat pelanggan kami untuk menghantar barang :-)
So, sbb itula kami tidak memasukkan alamat dictu...
Satu perkara lagi, bagi kami yang menjalankan perniagaan online ini, alamat bukan satu perkara yang penting kerana pelanggan dari seluruh pelusuk mana sekalipun boleh berurusan dengan kami...tiada masalah dengan alamat...adalah lebih penting diletakkan nama blog dan page sahaja :-)


Business card ni pun kami tempah secara online...masa ni ade promosi...so dapatlaa dengan harga yang sgt2 berbaloi...rm70 untuk 1000pcs cetakan depan belakang....murah kan...kami rasa sgt2 murah dan berbaloi...mana nak dapat dengan harga yang begitu murah macam ni kan....
Kualiti printingnya pun boleh dikatakan kami puas hati...cantik dan kemas :-)


Masa yang diambil untuk menyiapkan business card ni agak lama ckit...mungkin sebab kami tempah dalam waktu promosi kan...mesti ramai yang menempahkan...lepas buat payment, tunggu dia org contact kita untuk confirmkan design..masa ni kami x sabar..mcm2 pk..igt dah kena tipu sebab lama sangat nak tunggu confirmation, rupanya list panjang, so kena ikut turn :-D
Sabar separuh daripada Iman...ingat tu !!!


Akhirnya selepas confirmation tu...kiranya x lama laa..tibalaa business card yang kami tunggu-tunggu :-) Happy laa baru 1st time buat business card kan...kata business dah lama...hehe
x pe..kami dahulukan ape yang penting dulu, benda2 mcm ni tggu ade promosi, kena ngan harga baru cuba, kalo x sblm ni MR Babah printing sendiri....HIHIHI jangan marah yer...nak jimaTTT :-D



Bila dah ade business card ni...rasa bertambah yakin dengan business skang, asyik rasa nak buat promosi jer....dan dalam kepala ni macam-macam plan datang...cuma masa jer sangat2 terhad...alhamdulillah tempahan pun makin bertambah..hantar satu masuk 2-3...kata orang rezeki ALLAH s.w.t tu memang luas, siapa usaha pasti ade hasilnya... :-)



Tempahan hujung tahun 2014, awal tahun 2015 kami selamat menerima business card ini..jadi permulaan tahun baru ini memberi banyak agenda baru kepada business kami, alhamdulillah :-)

Plan kami pun alhamdulillah satu persatu kami capai...antaranya pembelian atau pemilikan mesin yang kami plan semua dah dapat....skang kami memiliki 10 mesin dan akan "CLOSE" untuk bahagian pembelian mesin buat sementara waktu....{mesin ke 11 tu nanti kami citer smula ekk..sbb mmg btl2 x rancang} cukup 10 mesin maka lengkaplah segala kelengkapan kami untuk segala tempahan dan juga pengeluaran produk...alhamdulillah :-)

Plan seterusnya menambah stok dan mula beroperasi mengeluarkan barangan HANDMADE "stitching & embroidery by Dsuefia Collection" ;-) InsyaALLAH doakan kami semoga dipermudahkan segalanya...amin

Setakat hari ini kami mengeluarkan barangan READYMADE seperti Pin shawl, button, shawl, skirt, nursing blouse, maternity skirt, skirt 6 panel, peplum skirt, A-Cut skirt, barut bayi, barut ibu, dan beg :-)
Kami juga dah buka KEDAI ONLINE di PAGE Dsuefia Collection...untuk melihat produk terkini dari kami, sudi-sudikanlah terjah di sana yer :-)

Panjang plak entry arini...igt x nak mengarang...mana boleh bila dah jumpa keyboard ni kan..ade jer citer yang nak dikongsi bersama...huhu semoga ade sedikit manfaat untuk kawan2 yang baru dalam bidang ini....ape yang penting komitment dan KESABARAN yang tinggi perlu ade..insyaAllah kita akan bahagia :-)

Ok laa..nak stop dah..nanti melarat citer lain plak...sampai di sini dulu..ade kelapangan dan ketenangan kita jumpa lagi yer...jom share2 bersama yer :-)
Sehingga berjumpa lagi...







(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

0 comments: