Assalamualaikun w.b.t

ChaKKK....


Bertemu lagi kita di blog ni yer :-)

Kerap plak jumpa sejak kebelakangan ini kan...x per sekurang-kurangnya ade juga sedikit perkongsian bersama peminat-peminat dan juga pengunjung blog ini :-)


Tak nak janji blog ni akan aktif dan terus aktif kerana banyak perkara yang mendatang kita tak tahu sebenarnya ape yang akan terjadi, so tak nak anda smua mengharap pula....selalu laa menjengah blog ini untuk sesuatu yang terkini dan semoga bermanfaat untuk semua :-)


Ok berbalik kepada entry hari ini...kami nak kongsikan bersama tentang Sulaman Tuala...sejak kebelakangan ini banyak pula kami menerima tempahan tuala daripada pelanggan tetap dan juga pelanggan yang baru...alhamdulillah suatu perkembangan yang baik dalam bidang sulaman ini :-)

Tempahan tuala yang kami sediakan berdasarkan permintaan pelanggan dan kami juga ade menyediakan stok tuala bagi memudahkan pelanggan untuk terus menempah daripada kami, pelanggan boleh menggunakan tuala sendiri ataupun tuala daripada kami..insyaALLAH tuala yang kami bekalkan adalah sangat berkualiti dan terbaik.

Sebelum ini kami mengambil stok tuala di Kuala Lumpur iaitu tempat memborong tuala, sekarang kami hanya mengambil daripada supermarket berdekatan dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti yang amat memuaskan...tuala kat supermarket, smua orang tahu akan kualitinya kan :-) alhamdulillah kami mendapat harga yang terbaik daripada mereka :-)

Kami juga menerima tempahan tuala secara pukal dan harganya adalah lebih rendah daripada biasa, jadi untuk peniaga-peniaga yang ingin menambah produk jualan mereka, boleh laa menempah daripada kami, insyaALLAH kami akan memberikan harga yang terbaik untuk anda :-)

Panjang plak entry hari ni yer...ok jom kita lihat tuala-tuala yang telah ditempah oleh pelanggan-pelanggan kami :-)






















(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

















Antara sebahagian daripada tempahan yang kami terima...untuk lebih banyak gambar tempahan boleh lihat di PAGE kami di sini :-)

Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, kami sarankan anda untuk membuat tempahan lebih awal daripada tarikh yang ingin digunakan bagi melancarkan kerja-kerja kami.

Tempahan boleh dibuat seminggu atau dua minggu lebih awal dan design, warna serta tulisan boleh REQUEST yer...kami mementingkan kepuasa kepada pelanggan kami :-)

Sekiranya ade sebarang pertanyaan dan kemusyikilan, jangan segan dan malu untuk bertanya, PM kami atau whatsapp saje kepada kami di no 017-9383664 (sue) kita boleh berunding mengenai harga dan sebagainya :-)

HARGA!!! ok untuk harga sulaman tuala daripada kami, harga bermula daripada RM35.00 - RM50.00 sahaja untuk tuala bersaiz 27"x54" manakala tuala kanak-kanak haraga bermula daripada RM20.00 - RM35.00 bergantung kepada request daripada pelanggan semua. Perkhidmatan bungkusan juga kami sediakan sekiranya anda berminat untuk membungkus tuala tersebut di dalam kotak seperti gambar di atas. Caj tambahan yang kami kenakan untuk pembungkusan hanya RM5.00 sahaja :-)
Untuk tempahan borong, harga adalah berbeza seperti yang kami dah maklumkan di atas tadi, untuk pemborong/peniaga/kelab/persatuan/mahasiswa dan sebagainya yang ingin menempah dalam kuantiti yang banyak, boleh berhubung terus dengan kami untuk perbincangan harga yang terbaik :-)

Panjang entry arini yer...bersemangat pulak menulis bila lama tak berblog ni....masa dan kekangan waktu untuk menguruskan hal yang lebih penting di samping menyiapkan tempahan daripada pelanggan menyebabkan kami kesuntukan masa dan tidak berpeluang mencoret diblog ini...insyaALLAH kami akan berusaha mencelah dan berkongsi dengan anda serba sedikit daripada perkembangan Dsuefia Collection dari semasa ke semasa...

Terima Kasih kepada semua pelanggan-pelanggan kami dan tidak lupa juga kepada semua yang singgah di blog ini di atas sokongan dan penghargaan anda sehingga hari ini :-)

P/s ^..^ <3
Promosi Benang Sulam  dan juga LIKE & WIN masih lg berlangsung...Jemput semua ke PAGE kami http://facebook.com/DsuefiaCollection dan dapatkan perkembangan terkini n Quick Action kami di sana :-)

Sehingga kita berjumpa lagi di lain siaran dan waktu...Salam sayang dan Jutaan Terima Kasih daripada kami untuk anda smua :-)



0 comments: