Assalamualaikum w.b.t.
dan salam sayang buat anak-anak mama :-)

Macam mane HOLIDAY...best tak...hehe kepenatan masih terasa tapi HAPPY kan...
Alhamdulillah arini insyaAllah sempat mama buat sedikit entry...rancangannya mama nak buat entry sebelum pergi dan selepas pulang, tapi masa tidak mengizinkan, so terpaksa buat entry selepas pulang bercuti :-)

Ok mama tak nak lengahkan masa...banyak lagi kerja yang sedang menunggu ni...tapi sedaya upaya mama cuba uploadkan detik-detik lawatan sambil percutian keluarga bersama...untuk kenangan kakak dan adik...gambar-gambar terpilih mama masukkan di sini..the whole babah dah copy msk disk dia..so boleh tengok by tv yer :-)

2 hari sebelum bertolak...mama kena attend taklimat dulu....simple aje, just inform pasal tiket feri, penginapan dan aktiviti di IPG Kampus Perlis....Bayaran untuk feri dijelaskan sebelum bertolak dan bayaran untuk Homestay dibayar di Langkawi...





Jaga-jagaaaa...Homestay depan Idaman Suri tue...so standby poket penuh2 yer...hehehe...pandai Ketua Projek cari Homestay kat sana....huhu dengar taklimat dah boleh terbayang macam mana kat sana...but kami sekeluarga belum sampai ke Langkawi, so semangatnya mestilah lain cikit...teruja nak kenal tempat orang :-)

Kami bertolak pada 22 mei 2013 (Rabu) jam 9.30 malam....berkumpul di Dataran Bestari IPG Kampus Sultan Mizan....sebelum kuar rumah, sempat lagi berposing..hehe jangan marah yer :-)

 Tiga beranak ni suka posing...nasib baik babah sporting dan suka amik gambar kami...hehe dah ready ngan stoking masing2....takut sejuk kat dalam bas nanti...maklum laa adik ngan kakak tu 1st time nak naik bas ni, x tahu laa macam mana dia orang nanti...skang mmg tak sabo, mama takut boring jer sebab perjalanan mengambil masa yang agak lama....





Akhirnya sampai juga kita ke Perlis Indera Kayangan...time ni bas berenti solat subuh...kat bandar Perlis...mama ikut kawan-kawan g solat, babah terpaksa tunggu anak sebab kakak masih tdo...bergilir solat laa...lama juga berenti kat cni...dan mama sempat laa solat subuh berjemaah kat surau dia....ramai juga jemaah yang datang solat, peliknya kat sini tok imamnya yang menunggu makmum, x mcm tempat kita, makmum tunggu imam :-) hampir dekat pukul 6 baru kami semua solat subuh, dan satu lagi kelainannya, solat subuh kat sini tiada bacaan QUNUT dan lepas solat subuh terus bersurai tanpa bacaan doa...mama igt imam dia tertinggal untuk baca Qunut, rupanya menurut ustaz yang mengikuti rombongan kita ni, dia kata mmg kat sini mcm tu dan lepas solat tu masing2 berdoa, mmg tiada bacaan doa dari imam...pelik juga dan mmg lain dari tempat kita kan...itu laa orang kata, jauh perjalanan luas pengetahuan, kalo tak mmg mama sendiri pun tak tahu :-)  

Rombongan kita meneruskan perjalanan ke IPG Kampus Perlis setelah semuanya selesai menunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa...dan ini budak nakal yang baru bangun tdo...siap bersarapan ngan babah sebelum sampai ke IPG...




Perjalanan sebelum sampai ke IPG...






Alhamdulillah...Akhirnya sampai ke destinasi... :-) kita semua selamat sampai ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis lebih kurang dalam kul 8.00 pagi...



Pintu masuk ke IPG...

Papan tanda IPG....berhadapan dengan Post Guard

Bangunan Pentadbiran...pandangan dari pintu masuk IPG...

Asrama...

 Bangunan asrama puteri....kami semua diturunkan di sini untuk bersiap sebelum memulakan lawatan BENCHMAKING....rombongan wanita ditempatkan di rumah rehat asrama puteri manakala rombongan lelaki ditempatkan di rumah rehat asrama putera....bagi yang family pula, mereka sediakan rumah rehat di belakang iaitu bangunan kuarters, tingkat 2 :-)



Bermula untuk sesi BENCHMAKING...sempat berposing di pondok rehat sekitar IPG...sangat cantik dan menarik :-)



Bangunan pentadbiran....sama seperti laluan ke Dataran Nik Arif, IPG Kampuus Sultan Mizan...


Tidak ketinggalan mama pun turut merakam kenangan di sini.... 


Berhampiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar...

Unit Khidmat Pelanggan....


Bilik Mesyuarat...kami di sambut dan di jemput ke sini untuk sesi suai kenal bersama ahli Kelab Staf Sokongan  di sana...Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Pengerusi Kelab, PA Pengarah dan beberapa orang staff di sana turut serta...beliau meminta maaf kerana ramai yang tidak dapat menyertai kami kerana Audit sedang berjalan...so semua sibuk dengan tugas masing-masing...


Kami diberi penerangan mengenai sejarah IPG Kampus Perlis....struktur bangunan IPG Perlis adalah sama seperti IPG Kampus Sultan Mizan kerana ia dibina pada tahun yang sama dan menggunakan design yang sama...dan mama mendapat info ade dua lagi IPG yang sama seperti ini iaitu IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak...





 Bergambar dengan Pegawai Khidmat Pelanggan di sana...


Telefon pun sama juga :-)




Pejabat pentadbiran...


Carta Organisasi...


Ruang Tamu di Unit Hal Ehwal Pelajar...



Kantin...







Lobi...

Kenangan bersama Pengurus Projek...

Sekolah dalam IPG...

Lawatan terakhir untuk BENCMAKING kali ini...Unit Asrama



Sebelum meninggalkan IPG...sempat tangkap gambar si kecil ni...skang kami akan bergerak ke Jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi....Yeayyy :-)
 

Asrama Putera....di kelilingi pokok mempelam...memang cantik landskap di sini dengan kebersihan yang sangat memuaskan....menyejukkan mata yang memandang...


Buah tangan dari sana...kebetulan kami ke sana pada musim  buah mempelam...dapat laa merasa mempelam Perlis :-) untuk pengetahuan, mempelam tersohor kat sini ialah mempelam harum manis...


Kami meninggalkan IPG dalam jam 1.00 tengah hari...feri ke Langkawi akan berlepas jam 1.30 petang, so kami bergerak lebih awal ke Jeti untuk mengelakkan sebarang masalah di sana...

Untuk kali pertama mama mengikuti lawatan BENCHMAKING...mama rasa sangat baik untuk diteruskan untuk masa akan datang...banyak input yang kami perolehi di samping dapat berkongsi cara bekerja serta dapat mengeratkkan silaturrahim di kalangan warga IPG Seluruh Malaysia...

Setiap peserta rombongan akan membuat report kepada pengarah mengenai unit masing-masing....untuk unit mama, tidak banyak perbezaannya cuma lokasi sahaja berbeza....dan akan datang, lokasi kerja mama akan mengikut jejak langkah mereka...semoga penambahbaikkan yang dilaksanakan akan miningkatkan lagi kualiti kerja dan juga prestasi IPG...

Sampai di sini dulu entry mama untuk kali ini...entry selepas ini, JELAJAH LANGKAWI...tungguuuuu :-)



(-: H@PPY wItH yOu...@uNi s@@Fi@ ~ @uNi SoLeH@ :-)