Assalamualaikum w.b.t.

Lama tak jumpa kan..bz yang teramat sejak kebelakangan ni...maaf  byk2 kepada yang menjenguk blog ni tanpa sebarang update terkini...

Ok arini inform dulu sedikit info ---------------->>> KEPADA PELAJAR YANG BERKENAAN, AKUAN PENERIMAAN DIPLOMA PENDIDIKAN KPL J-QAF AMBILAN JANUARI 2011 BOLEH DI AMBIL DI UNIT PEPERIKSAAN MULAI HARI INI...utk student IPGKSM shj yer..kalo ade saudara mara yang terlibat leh laa inform.

UCAPAN TAKZIAH kepada keluarga ALLAHYARHAM EN. RUSLI  BIN AWANG yang telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas...semoga beliau ditempatkkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin

AUDIT MS ISO 9001:2008 BAGI TAHUN 2013 SEDANG BERLANGSUNG SELAMA DUA HARI
(29.01.2013 - 30.01.2013)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Back to the story untuk arini...sue nak tunaikan janji yang dah lama..sbb janjinya tahun lepas..kira dah lama laa tu kan...masih ingat lagi ke tak...pasal KURSUS LANGSIR 1MALAYSIA....so arini sue akan berkongsi bersama anda...

Sebelum tu sekali lagi sue minta maaf yer sbb arini hanya satu pattern dahulu yang akan sue kongsikan...tiga lagi yang lain akan sue masukkan di entry yang akan datang...(lum snap gambarnye, so x best laa nak citer)






Ini laa Langsir scallop yang sue belajar semasa kursus baru ni...alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua silibus habis dipelajari tepat pada waktu dan masa yang diberikan..Terima Kasih yang tak terhingga kepada dua orang cikgu iaitu Cikgu Rosli dan Cikgu Rabbani yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu2 yang berguna untuk kami semua...

Kursus berlangsung selama tiga minggu berturut-turut, jumaat dan sabtu sahaja bermula jam 8.30 pagi -12.30 tengah hari untuk hari jumaat dan 8.30 pagi - 4.30 petang untuk hari sabtu...walaupun dalam masa yang singkat, dengan tenaga pakar yang berpengalaman dan ahli2 yang terdiri daripada tukang jahit, so tiada sebarang masalah sepanjang kursus ini berlangsung...

Memang seronok berjumpa dengan kawan2 seangkatan yang minat dalam bidang yang sama di samping menimba ilmu dari akak2 yang dah pro dalam dunia jahitan...mostly mak cik2 laa...sue x sempat nak bergambar ngan dia orang semua...kami semua mmg tekun buat kerja sebab nak mengejar masa...nak siapkan projek masing2 dengan cepat...disebabkan semua dah pro, so kita berlumpa secara pro laa...nak minta cikgu ajar patern yang lain2 lagi selain dlm silibus yang kami dapat untuk kursus ni...

Tiga minggu berlangsung untuk kursus ni rasa sekejap jer...dengan ilmu dan pengalaman dari setiap peserta kursus dapat diperolehi dan dimanfaatkan untuk hasil kerja yang akan datang...untuk entry kali ni just introduce this course..for the notes, hopefully for the next entry yer...insyaAllah sue akan kongsikan di sini yer...sesiapa yang berminat leh komen yer..kalo banyak sambutan sue akan tunaikan :-)

Kepada sesiapa yang berminat untuk megikuti kursus seperti ini, anda boleh dapatkan borang dan boleh dihantar ke mana-mana GIATMARA terdekat yang mempunyai kursus yang terpilih, bukan semua GIATMARA menyediakan kursus yang sama...anda boleh dapatkan borang laman web giatmara...

http://www.giatmara.edu.my

 Alhamdulillah setelah tamat kursus tiga minggu, sue dpt tempahan langsir lagi...kali ni banyak jugak...kwn nak msk umah baru, so dia minta sue jahitkan langsir utk umah dia..wt simple dulu katanya sbb utk msk umah bln 2 nie..pasni br nk buat yg lg cantik..skang tgh menjahit langsir dia laa..sambil2 siapkan baju cus, ade yang dh terpaksa ditolak buat sementara waktu ni...bz dengan majlis adik lagi..x lama dah, dlm dua minggu lagi..tu laa bz yang teramat sangat sue skang ni..baju my princess dua orang tu lum potong lagi untuk majlis nanti...

 So dengan itu semua tempahan, urgent request atau ape saje...sue minta maaf banyak-banyak...sue terpaksa tolak buat sementara waktu dan sue akan umumkan semula bila semua dah settle...sue harap anda semua maklum...sue minta maaf banyak-banyak, sue tak nak hampakan anda tapi untuk menjaga kualiti dan masa yang terhad sangat bagi sue...so sue harap anda faham yer...



Psstt...br dpt sms dr mr babah...kawan baru mama dah sampai kat umah...ehehhe x sabarr nak balik nii...nak jumpa kawan baruuu...ok kita jumpa lagi yer...salam rindu dari sue untuk semua :-)


(-: H@PPY SeWiNG @nD Cr@fTiNG :-)

1 comments:

Unknown said...

The King Casino Archives - Hertzaman
The King herzamanindir.com/ Casino Archives, including news, articles, videos, address, gaming info, kadangpintar The King poormansguidetocasinogambling Casino & Hotel 사설 토토 사이트 in Henderson, NV is one of the https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ newest hotels and motels on